Anda di sini

Serangan WannaCry seantero dunia

 Hertfordshire Timur dan Utara yang memaklumkan kepada para pengguna mereka mengenai masalah dalam rangkaiannya, di London kelmarin. — Gambar AFP
DISERANG: Seorang wanita menunjukkan laman sesawang NHS: Hertfordshire Timur dan Utara yang memaklumkan kepada para pengguna mereka mengenai masalah dalam rangkaiannya, di London kelmarin. — Gambar AFP

Syarikat besar dan hospital sasaran perisian berniat jahat tuntut ‘wang tebusan’

HONG KONG: Seorang penyelidik keselamatan siber dipercayai telah menemui ‘suis mati’ yang boleh mencegah penularan perisian tebusan WannaCry, buat masa sekarang, yang telah menyebabkan serangan siber global, kata mereka semalam.

 Penyelidik terbabit yang dikenal pasti sebagai @ MalwareTechBlog berkata, penemuan dibuat secara tidak sengaja di mana dengan mendaftarkan nama domain yang digunakan per i s ian berniat jahat itu akan menghentikan penularannya.

 “Secara asasnya ia bergantung kepada domain yang belum didaftarkan dan dengan mendaftarkannya, kami menghalang perisian berniat jahat mereka daripada merebak,” menurut @ MalwareTechBlog dalam mesej peribadi Twitter kepada AFP.

 Penyelidik terbabit memberi amaran pengguna perlu mengemas kini sistem mereka secepat mungkin untuk mengelak serangan.

 “Krisis ini belum berakhir, mereka boleh mengubah kod dan mencuba lagi,” menurut @MalwareTechBlog.

 Malangnya komputer yang sudah diserang tidak boleh dibantu dengan cara tersebut.

 Gelombang serangan siber kelmarin yang menjejaskan puluhan negara, dilihat mengeksploitasi kelemahan yang terdedah dalam dokumen yang dibocorkan daripada Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS).

 Serangan menggunakan teknik perisian tebusan yang mengunci fail pengguna melainkan mereka membayar penggodam satu jumlah yang telah ditetapkan dalam matawang maya Bitcoin.

 Antara yang ter jejas s e r angan t e rma sukl a h rangkaian komputer di hospital seluruh Britain, kementerian dalam negeri Rusia, gergasi telekom Sepanyol Telefonica dan fi rma penghantaran AS FedEx serta banyak pertubuhan lain.

 “Asalkan nama domain itu tidak ditolak, virus ini tidak lagi menyebabkan masalah tetapi tampal sistem secepat mungkin kerana mereka akan mencuba lagi,” menurut penyelidik terbabit mengenai perisian berniat jahat itu yang bernama WCry, tetapi penganalisis lazimnya menggunakan varian seperti WannaCry.

 Forcepoint Security Labs dalam kenyataan kelmarin berkata serangan itu meluas dan menjejaskan rangkaian di Australia, Belgium, Perancis, Jerman, Itali dan Mexico.

 Turut terjejas teruk adalah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain yang mengumumkan satu insiden besar selepas serangan itu di mana beberapa hospital terpaksa mengalih haluan ambulands dan membatalkan pembedahan.

 Gambar dalam media sosial menunjukkan skrin komputer NHS dengan imej menuntut bayaran 275 euro dalam Bitcoin, menyatakan: “Ooops, fail anda telah dienkripsi!” Ia menuntut pembayaran dalam tempioh tiga hari, jika tidak nilai tersebut akan digandakan, dan jika berterusan hingga tujuh hari, kesemua fail dalam komputer yang terjejas akan dipadamkan, menurut mesej skrin tersebut.

 Satu kumpulan penggodam yang memperkenalkan diri mereka sebagai Shadow Broker s membebaskan perisian berniat jahat itu pada April dengan mendakwa telah menemui kelemahan tersebut daripada NSA, menurut penyedia keselamatan siber Rusia Kaspersky Lab.

 Penyelidik Kaspersky Costin Raiu mengesahkan 45,000 serangan telah dilaporkan di 74 negara setakat malam kelmarin.

 Terbaharu, pengeluar kereta Perancis Renault menjadi organisasi besar yang terjejas serangan itu, menurut pengurusan syarikat semalam.

 — AFP