Anda di sini

Anugerah Bintang Popular ‘live’ di TV3, jam 9 malam ini

Advertisement
__alt__

KEMUNCAK Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) yang menghimpunkan artis dan selebriti terkemuka bagi menyaksikan siapakah artis paling popular tanah air akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran TV3, bermula jam 9.00 malam ini dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

 Majlis berprestij bertemakan ‘Futuristik’ itu akan membawakan pengacara popular Ogy Datuk Ahmad Daud sebagai hos bersama Zulin Aziz dan Faizal Ismail (FBI).

 Penaja Utama ABPBH 3.0 kali ini adalah Jus Delima Pamoga Qu Puteh milik pengasas produk tempatan terkemuka Empayar Beauty Dato’ Seri Vida iaitu Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida.

 Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, Kool FM and Hot FM sebagai stesen radio rasmi, TONTON sebagai platform digital rasmi dan ZIP sebagai majalah digital rasmi.

 Meraikan tiga dekad ABPBH, tema futuristik dipilih bagi menggambarkan perubahan teknologi yang mempengaruhi kehidupan manusia.

 Elemen futuristik dalam bidang seni pula merujuk kepada karya yang dihasilkan daripada ledakan teknologi dan trending di laman sosial, namun masih mengangkat nilai estetika dan identiti diri.

 Pada ABPBH 3.0 kali ini, pihak penganjur telah mengubah kaedah pengundian yang dilakukan secara online 100 peratus di laman web ABPBH iaitu www.abpbh. com.my mulai 5 April 2017 sehingga 30 April 2017.

 Calon perlu mempunyai produk yang dihasilkan mulai Januari 2016 hingga Disember 2016.

 Tiga belas kategori utama yang bakal dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular; Artis Baharu Wanita Popular; Pelakon Filem Lelaki Popular; Pelakon Filem Wanita Popular; Pelakon TV Lelaki Popular; Pelakon TV Wanita Popular; Penyanyi Lelaki Popular; Penyanyi Wanita Popular; Artis Kolaborasi/Duo/ Berkumpulan Popular; Artis Komedi Popular; Artis Versatil Popular; Pengacara TV Popular; dan Penyampai Radio Popular.

 Turut dipertandingkan adalah lima kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama, Gandingan Serasi Filem, Personaliti Media Sosial, Artis Berpengaruh di Laman Sosial dan Artis Sensasi.

Advertisement