Anda di sini

‘Kapten Pengecut’ bakal dihukum penjara 16 tahun

Advertisement

ROM:Nasib kapten kapal pesiaran malang Costa Concordia masih lagi tergantung semalam ketika peguam belanya bersedia untuk membuat rumusan dan mahkamah tertinggi di Itali menyediakan keputusannya.

Schettino, digelar sebagai “Kapten Pengecut” oleh media kerana meninggalkan kapal malang itu semasa kemalangan waktu malam 2012 yang mengorbankan 32 orang, akan dipenjarakan sekiranya mahkamah mengesahkan hukuman penjara selama 16 tahun dan sebulan.

Peguamnya dijangka akan membuka perbicaraan di Court of Cassation di Rom, selepas hakim-hakim akan berehat dan mempertimbangkan sama ada untuk mengesahkan keputusan bersalah atau mengarahkan kes itu diteliti semula oleh sebuah mahkamah rayuan baharu.

Schettino, 56, disabitkan pada 2015 bagi beberapa pembunuhan, menyebabkan kemalangan maritim dan meninggalkan kapal sebelum semua penumpang dan kru telah dikeluarkan.

Dia tidak dijangka hadir di mahkamah semalam. Peguam menyatakan dia kemung-kinan akan berada di rumah di Meta di Sorrento berhampiran Naples, menunggu bagi berita terkini.

Pendakwa raya menegaskan kecuaian Schettino harus dipersalahkan bagi nasib kapal gergasi itu, yang melanggar batu di dalam air di luar pulau Giglio di Tuscan pada malam 14 Januari 2012, dan menyebabkan ia karam.

Pelanggaran undang-undang lama di laut yang me-nyatakan seorang kapten harus menjadi orang yang terakhir untuk keluar dari kapal yang karam hanya layak bagi hukuman selama setahun yang dijatuhkan oleh panel tiga hakim di pekan Grosseto di Tuscan.

Semasa peringkat awal perbicaraan selama 19 bulan, Schettino dituduh sebagai menunjuk-nunjuk ketika dia mengemudikan kapal itu terlalu hampir dengan pulau ketika melayan seorang rakan wanita.

Peguam Schettino mene-gaskan kemalangan itu dan kesan buruknya adalah berpunca terutamanya daripada kegagalan organisasi di mana pemilik kapal, Costa Crociere, pengemudinya dari Indonesia dan pengawal pantai Itali harus turut berkongsi kesalahan tersebut.

Mereka turut menegaskan ia bukannya pelanggaran, tapi sebaliknya kekecohan yang berlaku akibat kapal kehilangan kuasa yang menjadi punca secara langsung bagi kematian. — AFP

Advertisement