Anda di sini

‘Bom najis’ adalah ‘senjata kimia’: Pegawai Venezuela

 Penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan ketika perhimpunan menentang Maduro di Caracas, Venezuela pada 10 Mei. — Gambar Reuters
HURU-HARA: Penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan ketika perhimpunan menentang Maduro di Caracas, Venezuela pada 10 Mei. — Gambar Reuters

CARACAS: Penunjuk pe-rasaan antikerajaan Venezuela yang melontar najis manusia ke arah anggota polis rusuhan semasa tunjuk perasaan telah mengambil keputusan untuk menggunakan “senjata kimia”, menurut seorang pegawai kanan Venezuela.

Inspektor umum perundangan Marielys Valdez bersuara pada Rabu lepas selepas penunjuk perasaan melontar botol kaca berisi najis dikenali sebagai “koktel Poopootov” semasa kejadian terbaharu dalam perbalahan selama beberapa minggu di Caracas.

“Ini adalah satu senjata bio-kimia...penggunaan senjata biokimia telah dinyatakan sepenuhnya sebagai satu jenayah dan membawa kepada hukuman berat,” kata beliau dalam satu rangkaian televisyen negara VTV.

“Penggunaan senjata kimia, dalam kes ini adalah najis manusia dan haiwan, mempunyai kesan buruk...ia boleh termasuk ke dalam air dan menyebabkan pencemaran yang teruk serta penyakit,” tambah beliau.

Perbalahan harian antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan telah menyebabkan 38 terkorban sejak 1 April, kata penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan mempersalahkan Presiden Nicolas Maduro bagi krisis ekonomi yang menyebabkan kekura-ngan makanan.

Mereka telah meminta bagi pilihan raya awal, menuduh beliau menindas penunjuk perasaan dan cuba untuk melaksanakan pemerintahan diktator.

Maduro, yang telah mempersalahkan krisis itu terhadap apa yang beliau katakan sebagai rancangan disokong oleh Amerika Syarikat, meng-gelar penunjuk perasaan sebagai “pengganas”.

Beliau memberi amaran kelmarin bahawa orang yang menyatakan mereka sedang membantah dan menye-rang pangkalan tentera akan dibicarakan di mahkamah tentera.

“Sesiapa yang ditangkap menyerang pangkalan tentera akan dibawa ke mana mereka sepatutnya berada: dihadapkan ke pengadilan,” tegas Maduro, sementara sekali lagi mengecam tunjuk perasaan oleh pembangkang.

Beberapa orang ditangkap dalam bantahan sejak beberapa hari lepas telah dihadapkan ke mahkamah tentera, menurut kumpulan hak asasi manusia.

Perkhidmatan pendakwaan negeri menyatakan pada Rabu lepas bahawa di bawah perlembagaan, orang awam yang ditahan ketika bantahan seharusnya dibicarakan oleh mahkamah awam dan bukannya mahkamah tentera.

“Koktel Poopootov” telah digunakan pada minggu lepas dalam tunjuk perasaan di sebuah subbandar Caracas dan menjadi terkenal melalui media sosial. — AFP