Anda di sini

Penunjuk perasaan Venezuela gempur askar dengan ‘bom najis’

Advertisement
 Penunjuk perasaan menggunakan lastik besar untuk membaling ‘koktel Poopootov’ – najis yang disimpan dalam botol kaca kecil, ketika menyertai perhimpunan menentang Maduro di Caracas, Venezuela, kelmarin. — Gambar Reuters
‘BOM NAJIS’: Penunjuk perasaan menggunakan lastik besar untuk membaling ‘koktel Poopootov’ – najis yang disimpan dalam botol kaca kecil, ketika menyertai perhimpunan menentang Maduro di Caracas, Venezuela, kelmarin. — Gambar Reuters

CARACAS: Penunjuk pe-rasaan muda di Venezuela membaling botol dan beg yang mengandungi najis ke arah askar yang melawan dengan gas pemedih mata kelmarin untuk menghalang perarakan terbaharu dalam tunjuk perasaan selama lebih sebulan di seluruh negara menentang Presiden Sosialis Nicolas Maduro.

Suasana yang luar biasa, dalam apa yang dipanggil ‘Perarakan Najis’ di lebuh raya utama yang menelusuri Caracas, menyaksikan ribuan penyokong pembangkang sekali lagi memenuhi jalan-jalan untuk mengecam krisis ekonomi di Venezuela dan menuntut diadakan pilihan raya.

Budak-budak ini hidup dalam pemerintahan diktator, mereka tidak ada pilihan lain kecuali untuk menunjuk pe-rasaan dengan apa sahaja cara yang mereka anggap wajar,” kata Maria Montilla, 49, di belakang barisan belia yang memakai topeng, lastik dan perisai kayu buatan sendiri.

Ramai membawa batu dan apa yang dipanggil “koktel Poopootov” – najis yang di-simpan dalam botol kaca kecil – yang mereka baling apabila anggota tentera Pengawal Negara menyekat laluan mereka, melepaskan gas pemedih mata dan menyembur orang ramai dengan meriam air.

Tiada bahan letupan di sini. Ia adalah cara kami menyatakan, ‘Berambus Maduro, anda tidak guna!” kata seorang penunjuk perasaan muda, yang enggan dikenali, sambil melontar botol najis.

Pejabat pendakwa raya berkata Miguel Castillo, 27, maut sewaktu tunjuk perasaan kelmarin di Caracas, tetapi tidak memberi maklumat terperinci. Pemandu teksi motosikal Anderson Dugarte, 32, meninggal dunia kelmarin di bandar Meridas di Pergunungan Andes selepas dia cedera dalam satu tunjuk perasaan.

Menteri Dalam Negeri Nestor Reverol berkata dalam kenyataan yang disiarkan oleh televisyen kerajaan bahawa Dugarte dibunuh oleh seorang penembak curi yang dikaitkan dengan perikatan pembangkang Perpaduan Demokratik. Beliau berkata Castillo juga dibunuh oleh senjata api.

Sekurang-kurangnya 39 orang sudah maut dalam rusuhan sejak awal April lalu, termasuk penunjuk perasaan, penyokong kerajaan, pemerhati, dan anggota keselamatan.

Ratusan turut cedera dan ditangkap.

Maduro berkata musuh mahukan kudeta dengan galakan AS.

Pembangkang, yang me-nikmati sokongan majoriti selepas bertahun-tahun dibayangi Parti Sosialis yang memerintah negara, berkata pihak berkuasa menafikan penyelesaian kepada krisis Venezuela dengan me-matahkan pungutan suara, menangguhkan pilihan raya tempatan dan enggan meng-awalkan pilihan raya presiden 2018.

Mereka mahu mempelbagaikan taktik untuk me-neruskan momentum dan memberi tenaga kepada penyokong.

Kerajaan menuduh pembangkang melanggar perjanjian antarabangsa mengenai senjata kimia dan biologi dengan membaling najis.

Maduro mahu mewujudkan sebuah badan besar baharu dipanggil “dewan pengundi”, dengan kuasa untuk menulis semula perlembagaan dan merombak kuasa awam.

Musuh menepisnya sebagai cubaan untuk mengekalkan kuasa sosialis dengan mewujudkan sebuah dewan baharu yang berat sebelah.

Mereka menutup semua pintu demokratik, kami memberi amaran tentang bahaya itu bagi negara kita,” kata ketua pembangkang Henrique Capriles, yang me-nyertai penunjuk perasaan di lebuh raya. — Reuters

Advertisement