Anda di sini

Mahkamah tetap 16 Mei sebutan lelaki dituduh curi minyak wangi

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret semalam menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan lanjut kes seorang lelaki dituduh mencuri dua botol minyak wangi.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM3,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Macperhson Mike Joshua, 26, dari Bandar Baru Permyjaya di sini telah dituduh mencuri dua botol minyak wangi jenama Follow Me bernilai RM29.20 kepunyaan sebuah pasar raya di sini dan di bawah jagaan Albert Liam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 petang, 8 Mei lalu di sebuah pasar raya di kompleks beli-belah di Jalan Permaisuri di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Pendaftar Mahkamah Rendah Nuur Hafizah Yatim.

Advertisement