Anda di sini

Lula selar perbicaraan rasuah satu ‘sandiwara’

Advertisement

Nafi terima sogokan OAS, ikrar sertai pilihan raya 2018

 Ribuan penyokong Lula berhimpun ketika Lula memberi keterangan, selepas dituduh menerima sebuah                    pangsapuri tepi laut sebagai habuan daripada syarikat pembinaan OAS, di Curitiba, Brazil kelmarin. — Gambar Reuters
SOKONGAN PADU: Ribuan penyokong Lula berhimpun ketika Lula memberi keterangan, selepas dituduh menerima sebuah pangsapuri tepi laut sebagai habuan daripada syarikat pembinaan OAS, di Curitiba, Brazil kelmarin. — Gambar Reuters

CURITIBA: Bekas presiden haluan kiri Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, menyifatkan perbicaraan rasuah yang mengancam untuk menamatkan kariernya yang cemerlang sebagai satu “sandiwara” sewaktu beliau memberi keterangan hampir lima jam kelmarin.

Dianggap sebagai ahli po-litik paling popular dan kontroversi di negara itu, Lula dituduh menerima sebuah pangsapuri tepi laut sebagai habuan daripada syarikat pembinaan OAS.

Jika didapati bersalah, beliau boleh dilarang daripada bertanding dalam pilihan raya dan malah dipenjara, sekali gus memusnahkan harapannya untuk kembali memegang kuasa dalam pilihan raya presiden pada 2018.

Perbicaraan tertutup itu meletakkan Lula, 71, di hadapan Hakim Sergio Moro, seorang wira bagi ramai warga Brazil kerana usahanya yang tidak putus-putus untuk menyiasat senator, jutawan dan tokoh berpengaruh lain dalam siasatan rasuah yang dipanggil ‘Car Wash’.

Lula, yang disayangi golo-ngan haluan kiri ketika beliau memerintah pada 2003-2010 dan demikian juga dibenci oleh golongan haluan kanan, merupakan kejayaan terbesar Moro setakat ini.

Bagaimanapun pemidato yang berapi itu – dan membesar dalam kemiskinan tegar sebelum beliau menjadi ketua kesatuan pekerja lo-gam, pengasas bersama Parti Pekerja dan ikon haluan kiri – lantang bersuara.

Saya menganggap per-bicaraan ini sebagai tidak sah dan tuduhannya satu sandiwara,” katanya kepada Moro di perbicaraan di kota selatan Curitiba, video yang dikeluarkan kemudian me-nunjukkan.

Beliau berkata pendakwa raya menuduhnya “berdasarkan tuduhan dalam media”.

Sejurus selepas dia keluar dari mahkamah, Lula pergi ke satu perhimpunan ala kempen dengan beberapa ribu penyokong yang tiba di Curitiba sebelum itu.

Saya fikir kemudian, sekurang-kurangnya ada satu dokumen yang menunjukkan bahawa pangsapuri itu adalah milik saya,” katanya kepada mereka. “Saya mahu dihakimi berdasarkan bukti.”

Lula mengulangi rancangannya untuk bertanding bagi penggal ketiga pada tahun depan.

Saya bersedia untuk kembali sebagai calon,” katanya. “Saya mahu menunjukkan bahawa golongan elit tidak cekap untuk memperbetulkan negara ini tetapi pekerja keluli akan berjaya.”

Penyokong Lula, keba-nyakannya memakai warna merah Parti Pekerja, menyahut dengan gembira dan bersorak “Lula, pahlawan rakyat Brazil” dan melepaskan bunga api.

Beliau masih ada karisma yang menakjubkan ini, hubungan ini,” kata peguam William Bioneck, 30, yang menyertai orang ramai.

Sekumpulan penentang yang jauh lebih kecil turut berhimpun, dan menaikkan gelembung karikatur Lula yang memakai baju penjara.

Media Brazil menggambarkan sesi mahkamah sebagai satu pertarungan di antara dua lelaki paling berkuasa di Brazil.

Moro, 44, telah menjadi tokoh kebangsaan bagi pera-nannya mengetuai siasatan ‘Car Wash’, yang mendedahkan habuan besar-besaran kepada ahli politik sebagai balasan bagi kontrak yang dinaikkan harga dengan syarikat minyak kerajaan Petrobras, kebanyakan sewaktu peme-rintahan presiden Lula.

Lula berdepan dengan lima perbicaraan rasuah.

Dalam kes kelmarin, Lula didakwa menerima sogokan daripada OAS – salah satu kontraktor utama Petrobras – dalam bentuk sebuah pangsapuri tepi laut di sebuah pusat peranginan mewah dekat Sao Paulo. — AFP

Advertisement