Anda di sini

Komuniti Nano Smart contoh inovasi pembelajaran STEM

Advertisement
 Madius (kiri) menandatangani plak Komuniti Nano Smart SMK Tenghilan sambil disaksikan oleh salah seorang warga pendidik di sekolah berkenaan.
TEKNOLOGI TERKINI: Madius (kiri) menandatangani plak Komuniti Nano Smart SMK Tenghilan sambil disaksikan oleh salah seorang warga pendidik di sekolah berkenaan.

TUARAN: Konsep Komuniti Nano Smart menjadi contoh inovasi dalam pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Metamatik (STEM) serta dunia perniagaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Wilfred  Madius Tangau berkata misi MOSTI adalah untuk meneroka, membangun dan memanfaatkan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) terutama teknologi nano yang juga teknologi terkini sedunia.

Ia adalah untuk menjana ilmu pengetahuan, mencipta kekayaan dan menjamin kesejahteraan masyarakat ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi yang kompetitif, mampan dan terangkum serta boleh disaksikan melalui konsep Komuniti Nano Smart di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenghilan.

Ini adalah contoh langkah revolusi inovasi berasaskan teknologi nano dengan kerjasama NanoMalaysia menerusi sebuah sekolah berprestasi tinggi di Sabah,” katanya.

Madius yang juga penasihat NanoMalaysia iaitu agensi di bawah MOSTI gembira kerana inovasi berteknologi nano ciptaan tempatan akan diaplikasi di SMK Tenghilan sebagai permulaan.

Pelajar dan penduduk di Sabah boleh menimba ilmu tentang inovasi teknologi nano melalui konsep Komuniti Nano Smart ini.

Perniagaan tempatan pula akan memperoleh manfaat dan inspirasi perniagaan daripada penggunaan produk berteknologi nano yang mesra alam sekitar untuk kegunaan komuniti tempatan.

Semoga Komuniti Nano Smart menjadi contoh inovasi dalam pembelajaran STEM dan juga perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Pesta Kaamatan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di Dewan Serbaguna Tenghilan, di sini, kelmarin.

Madius berkata antara aplikasi yang akan diguna pakai dalam Komuniti Nano Smart adalah peralatan elektronik menggunakan dakwat konduktif graphene yang membolehkan pembinaan litar elektrik secara percetakan atau bateri graphene berlitium ion sebagai alat penyimpan tenaga berprestasi tinggi.

Selain itu, bangunan menggunakan konkrit bergraphene, tayar kereta atau motosikal tahan lasak menggunakan getah berasaskan graphene, peningkatan produktiviti pertanian menggunakan baja berteknologi nano, tenaga elektrik percuma berpunca daripada tenaga suria dengan ‘dye-sensitized solar cell’, yang boleh dilekatkan pada tingkap kaca, penapis air berasaskan teknologi nano dan lain-lain.

Aplikasi-aplikasi berkenaan akan dihubungkan melalui teknologi Internet of Nano-Things (IoNT) selaras dengan pengaktifan Revolusi Perindustrian Keempat,” katanya.

Beliau berkata kesahihan aplikasi berkenaan adalah melalui program pensijilan NANOVerify bertujuan melindungi hak pengguna tempatan.

Untuk makluman, kesemua ini kita mempunyai standardnya sendiri.

Secara kebetulan, Jabatan Standard Malaysia adalah di bawah kementerian saya dan semua ini mempunyai standardnya mengikut sektor tersendiri.

Maknanya, kita tidak mempunyai keraguan untuk menggunakan teknologi ini,” tambahnya.

Beliau berkata pelbagai inisiatif diadakan pada 2017 yang mana MOSTI mengadakan satu aktiviti yang mega iaitu Nasional Inovation Expo (NICE) di Teknologi Park Malaysia.

Advertisement