Anda di sini

Kampung Pangi bakal nikmati kemudahan klinik kesihatan

Advertisement
 Raime (dua kanan) menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada salah seorang penerima di Kg Pangi Seberang.
DEKAT DI HATI: Raime (dua kanan) menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada salah seorang penerima di Kg Pangi Seberang.

TENOM: Kampung Pangi bakal dibina sebuah klinik kesihatan untuk kemudahan penduduk kampung.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata kerajaan komited untuk membantu dan mendengar permasalahan rakyat.

Dalam masa terdekat, kerajaan akan membina klinik kesihatan di Kampung Pangi untuk memudahkan penduduk kampung dan sekitarnya menerima rawatan tanpa perlu ke Hospital Tenom disebabkan jarak dan masalah pengangkutan di kawasan itu.

Pihak terbabit kini hanya tinggal mengenal pasti kawasan tapak yang sesuai bagi memulakan pembinaan klinik kesihatan itu kelak.

Kalau dahulu, Kampung Pangi tidak ada bekalan elektrik walaupun berdekatan dengan Stesen Janakuasa Hidroelektrik Tenom Pangi, tetapi hari ini Kampung Pangi telah menerima bekalan elektrik,” katanya ketika berucap di Kediaman Mangang Engkim sempena lawatan kerjanya ke Kampung Pangi, kelmarin.

Raime berkata kerajaan hari ini memahami akan setiap masalah dan keperluan rakyat, justeru diharapkan penduduk kampung tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pihak luar yang mengatakan kerajaan tidak mengambil perhatian akan masalah yang dihadapi oleh penduduk.

Kita juga akan mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk membina jalan raya dari Tenom ke Beaufort untuk kemudahan penduduk dan masyarakat daerah ini,” katanya.

Pada program itu, beliau menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada 30 penerima bantuan berupa barang keperluan harian.

Beliau turut mengumumkan sumbangan bot dan perahu untuk kemudahan penduduk kampung.

Advertisement