Anda di sini

Demokrat tuntut pendakwa khas siasat Trump

Advertisement

Susulan pemecatan pengarah FBI siasat dakwaan campur tangan Kremlin dalam pilihan raya 2016

 Penunjuk perasaan berhimpun untuk membantah tindakan Trump memecat pengarah FBI di luar pekarangan Rumah Putih di Washington, kelmarin. — Gambar Reuters
TUNTUT SIASATAN: Penunjuk perasaan berhimpun untuk membantah tindakan Trump memecat pengarah FBI di luar pekarangan Rumah Putih di Washington, kelmarin. — Gambar Reuters

WASHINGTON: Rumah Putih menepis tuntutan bagi seorang pendakwa khas untuk menyiasat dakwaan bahawa kempen Donald Trump bersubahat dengan Rusia kelmarin, selepas presiden Amerika Syarikat (AS) itu tiba-tiba memecat pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Tindakan mengejut Trump memecat James Comey – orang yang menyelia siasatan persekutuan ke atas dakwaan tentang campur tangan Kremlin dalam pilihan raya pada 2016 – mencetuskan krisis politik di Washington dan menimbulkan huru-hara dalam pemerintahannya yang muda.

Ahli Demokrat yang berang mendakwa kerja FBI kini akan tercemar dengan teruk dan menuntut seorang pendakwa khas yang sama dengan mereka yang dilantik sewaktu skandal Watergate yang dialami Richard Nixon atau sebelum pendakwaan ke atas Bill Clinton dalam Kongres.

Kami tidak fikir ia perlu,” kata jurucakap Rumah Putih Sarah Huckabee Sanders, yang menolak tuntutan itu.

Sanders berkata Rumah Putih mahu siasatan FBI – dan siasatan selari oleh Kongres – diteruskan dan menyiapkan kerja mereka.

Tiada yang mahu ini disiapkan dan ditamatkan lebih daripada kami.”

Rumah Putih berkata pemecatan Comey didorong semata-mata oleh kebimbangan mengenai caranya mengendalikan siasatan ber-kepentingan tinggi ke atas e-mel Hillary Clinton.

Seorang pegawai AS berkata presiden “hilang keyakinan” kepada ketua FBI sejak beberapa bulan lalu, dan selepas menyaksikan Comey memberi keterangan kepada Kongres sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung Rusia pada minggu lepas, Trump “amat cenderung untuk menyingkirkannya”.

Presiden sendiri mempertahankan tindakannya memecat Comey dan menolak dakwaan bahawa ia ada kaitan dengan siasatan berhubung Rusia.

Beliau tidak menjalankan tugas dengan baik, ia sangat mudah, beliau tidak menjalankan kerja dengan bagus,” kata Trump kepada pemberita ketika ratusan penunjuk pera-saan berhimpun di luar Rumah Putih sambil melaung “anda memalukan!”

Beliau membuat kenya-taan itu sejurus selepas beliau menerima kunjungan diplomat tertinggi Rusia di Rumah Putih, dalam pertemuan peringkat tertinggi dengan Kremlin sejak beliau memegang jawatan.

Trump menggambarkan pertemuan di Pejabat Bujur dengan Sergei Lavrov, pegawai Kremlin berprofil tertinggi pernah melawat Rumah Putih sejak sekian lama, sebagai “sangat sangat bagus”.

Di bawah Comey, FBI merumuskan Rusia cuba mempengaruhi pilihan raya agar memihak kepada Trump menerusi kempen penggodaman siber dan pengaruh.

Biro itu menyiasat sama ada kempen Trump bersubahat dengan usaha sedemikian – sesuatu yang ditolak oleh presiden itu sebagai “berita palsu”.

Lavrov, yang kali terakhir menjejakkan kaki di Wa-shington pada Ogos 2013, menepis semua dakwaan tentang campur tangan dalam pilihan raya sebagai “diada-adakan”.

Dalam satu perkembangan baharu yang tajam, Jawatankuasa Perisikan Senat kelmarin mengumumkan ia mengeluarkan sepina kepada bekas penasihat ke-selamatan negara Trump, Michael Flynn, untuk dokumen berkaitan Rusia, yang beliau sebelum ini enggan kemukakan.

Flynn dipecat kerana berbohong kepada Naib Presiden Mike Pence mengenai perbincangannya dengan duta Rusia ke Washington.

Jurucakap Jabatan Keadilan Sarah Isgur Flores menafikan laporan bahawa Comey telah meminta sumber tambahan untuk mempertingkatkan siasatan sejurus sebelum dipecat.

Saya tidak tahu bagaimana lagi saya dapat menyatakan perkara ini. Cerita itu salah sama sekali,” katanya kepada AFP.

Keputusan Trump untuk menamatkan khidmat Comey, berkuatkuasa serta-merta, mengejutkan Wa-shington dan mengundang perbandingan dengan skandal Watergate yang menjatuhkan Nixon.

Ahli Republikan tertinggi dalam Senat, Mitch McConnell, kelmarin menolak tuntutan bagi seorang pendakwa khas. Beliau berkata individu sedemikian hanya akan “bertindak untuk menghalang kerja yang sedang dibuat sekarang”.

Namun Senator Demokrat Richard Blumenthal berkata malah di kalangan ahli-ahli Republikan terdapat “perasaan yang semakin tidak menyenangkan hati selain keraguan mengenai hala tuju yang diambil oleh presiden”. — AFP

Advertisement