Anda di sini

Sergei Bodrov dinamakan sebagai pengarah filem ‘White Rajah’

Advertisement
 Para delegasi menerima sambutan meriah daripada penari Kampung Budaya Sarawak semasa tiba.
SAMBUTAN: Para delegasi menerima sambutan meriah daripada penari Kampung Budaya Sarawak semasa tiba.

KUCHING: Sergei Bodrov, yang menerima dua kali pencalonan Best Picture Oscars for Foreign Language yang terkenal dengan epik Mogol telah dinamakan minggu lalu sebagai pengarah bagi filem ‘White Rajah’, iaitu pengembaraan sebenar Sir James Brooke sekitar 1840-an di Borneo.

Pengarah Hollywood itu telah datang ke Sarawak bersama penerbitnya Rob Allyn dan Jason Brooke iaitu waris Brooke yang bertemu dengan Ketua Menteri semasa menghadiri Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) serta memulakan kerja perfileman mereka.

Bodrov, Allyn dan Brooke telah bermula dengan mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, iaitu pemimpin yang berhasrat menjadikann Sarawak sebagai ‘studio semulajadi’ kepada pembuat filem global, yang menarik pembuat filem Hollywood pada tiga tahun lepas.

Pertemuan yang turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datu Ik Pahon Joyik bersama pembuat filem turut memben-tangkan pelan mereka kepada ketua menteri tentang filem yang berasaskan kepelbagaian budaya Sarawak, hidupan liar dan adat dalam filem.

Pengarah terkenal Bodrov bersama Allyn dan Jason yang juga penasihat teknikal filem menghabiskan masa seminggu dalam lawatan dan bertemu dengan penghibur tempatan serta pemimpin masyarakat di seluruh Sarawak.

Antaranya lawatan diadakan ke Kampung Budaya Sarawak yang dikendalikan oleh kemen-terian bersama Pengurus Besar Kampung Budaya Sarawak Jane Lian Labang dan lawatan itu turut mempersonakan Bodrov terutama bangunan tradi-sional selain persembahan daripada penari, pahlawan, penyanyi, pelajar silat dan pemain muzik Sape terkenal, Matthew Ngau Jau.

Kami amat menyukai idea penggunaan Kampung Budaya Sarawak dalam membuat filem, kedua-dua lokasi penggambaran serta bakat ditonjolkan pelakon, penari, pemuzik dan artis seni mempertahankan diri untuk serta dalam filem kita,” kata Allyn yang juga penulis skrip kepada filem berkenaan.

Matlamat Sergei adalah untuk membuat pengembaraan sejarah budaya yang sahih dan mendebarkan, dan beliau mempunyai sejarah mengarahkan persembahan hebat melalui filem yang mendapat pencalonan Oscar. Jadi dalam ‘White Rajah’, kami akan menggabungkan nama bintang besar Hollywood dengan bakat tempatan yang kita boleh mencari di Sarawak, Malaysia dan rantau ini.”

Delegasi itu juga telah turut mengadakan lawatan dengan menyusuri sungai menggunakan bot panjang  iaitu ke perkampungan bersejarah di Siniawan, dengan mengadakan lawatan ke Pasar Malam berkenaan yang turut dihadiri pemimpin masyarakat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Serembu, Miro Simuh dan Penghulu Lai Shey Hiong.

Selain itu, rombongan juga dibawa mengadakan lawatan ke Taman Negara Bako dan kawasan Santubong iaitu tempat pertama Brooke mendarat dan lawatan ditemani Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Ipoi Datan dan Timbalan Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation Oswald Braken Tisen.

Kami merasa berterima kasih atas layanan hospitaliti serta sokongan kepada filem kami daripada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Datu Ik Pahon Joyik serta Lembaga Pelancongan Sarawak dan rakyat Sarawak.

Membuat filem di tempat yang indah dengan cerita yang menarik ini, merupakan impian yang menjadi kenyataan kepada kami,” kata Allyn.

 Bodrov, Allyn dan Brooke turut berpeluang menyaksikan Matthew bermain  sape di Kampung Budaya Sarawak.
ETNIK: Bodrov, Allyn dan Brooke turut berpeluang menyaksikan Matthew bermain sape di Kampung Budaya Sarawak.
 Bodrove, Allyn dan Brooke diberi pengalaman menaiki bot semasa mengadakan lawatan ke Taman Negara Bako.
PENGALAMAN: Bodrove, Allyn dan Brooke diberi pengalaman menaiki bot semasa mengadakan lawatan ke Taman Negara Bako.
Advertisement