Anda di sini

Malaysia atur strategi untuk masa depan pekerjaan: TalentCorp

Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan strategi bakat yang dikemas kini untuk terus menarik, mengekal serta menyemai modal insan yang bertepatan.

Sehubungan itu, bagi mencapai usaha berkenaan, pihak Talent Corporation Malaysia Sdn Bhd (TalentCorp) kini dalam proses membangunkan satu kerangka kerja untuk memastikan bakat dalam negara bersedia untuk masa depan pekerjaan.

Ketua  Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Sdn Bhd (TalentCorp) Shareen Shariza Abdul Ghani berkata di bawah Senarai Pekerjaan Kritikal (COL) , masalah ketidakpadanan kemahiran mampu dipantau selain dapat mengenal pasti pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi serta sukar diisi.

Memetik Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2016 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan, beliau berkata, jumlah penduduk umur bekerja adalah 14.7 juta dengan 14.2 juta daripadanya adalah bekerja.

Kita boleh menyaksikan terdapat aliran positif antara jumlah penduduk umur bekerja dan jumlah penduduk bekerja setiap tahun, memandangkan pertumbuhan itu adalah seiring setiap tahun.

Kita juga melihat masa depan yang positif memandangkan Malaysia semakin berkembang, dan aktiviti ekonomi masa depan juga akan membantu mewujudkan lebih banyak pekerjaan,” katanya semasa membentangkan tajuk ‘Is Malaysia Prepared for the Future of Work and its Demanding Reality’, anjuran TalentCorp, di sini kelmarin.

Pembentangan itu menumpu kepada masa depan pekerjaan dan kepentingannya kepada pekerja, bakat dan negara secara amnya.

Mengulas mengenai pengangguran dalam kalangan graduan, Shareen berkata, ketidakpadanan antara peningkatan tenaga buruh berpendidikan peringkat ketiga dan kelembapan pertumbuhan penggajian bagi kemahiran tinggi perlu ditangani, memandangkan jumlah graduan dalam tenaga buruh telah mengatasi pekerjaan berkemahiran tinggi dalam ekonomi. — Bernama

Kita perlu mengurangkan ketidapadanan kemahiran antara graduan baharu dan keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata, strategi bakat yang tepat adalah diperlukan untuk menarik, mengekalkan dan membimbing bakat bagi persediaan masa depan, serta mengenal pasti keperluan pasaran. — Bernama

Advertisement