Anda di sini

Korea Selatan tabal presiden baharu

Advertisement

Rakyat pilih Moon, bekas peguam hak asasi manusia, untuk menggantikan Park

 Moon melambaikan tangannya ke arah orang ramai yang berbaris di sepanjang jalan raya dalam perjalanan ke Rumah Biru selepas upacara angkat sumpah jawatan di Seoul, semalam. — Gambar Reuters
TERAJU BAHARU: Moon melambaikan tangannya ke arah orang ramai yang berbaris di sepanjang jalan raya dalam perjalanan ke Rumah Biru selepas upacara angkat sumpah jawatan di Seoul, semalam. — Gambar Reuters

SEOUL: Presiden baharu Korea Selatan Moon Jae-In mengangkat sumpah semalam, hanya sehari sahaja selepas kemenangan besar dalam pilihan raya, dan segera mengumumkan kesediaan untuk melawat Pyongyang pada waktu hubungan yang tegang dengan negara jiran yang memiliki senjata nuklear, Korea Utara.

Moon yang berhaluan kiri, seorang bekas peguam hak asasi manusia, menyokong dialog dengan Pyongyang dalam usaha untuk mencapai keamanan – bercanggah dengan retorik ancaman oleh pentadbiran Trump sejak beberapa minggu lepas.

Jika perlu saya akan terbang ke Washington dengan segera,” kata Moon kepada penggubal undang-undang selepas beliau mengangkat sumpah jawatan di bangunan Dewan Negara, Seoul.

Saya juga akan pergi ke Beijing dan Tokyo dan malah Pyongyang dalam keadaan yang sesuai.”

Moon mempunyai jalan diplomatik yang sukar untuk dilalui dalam pendekatannya kepada Korea Utara, yang mengimpikan peluru berpandu yang berupaya untuk menyampaikan kepala peledak nuklear ke benua Amerika Syarikat (AS, dan mempunyai pasukan artileri yang mengacu senjata ke arah Seoul.

Beliau juga memulakan penggalnya dengan menghadapi pelbagai cabaran domestik, termasuk kesan daripada skandal rasuah besar-besaran yang menyaksikan presiden lama yang konservatif Park Geun-Hye didakwa dalam parlimen dan memberi kuasa kepadanya, tetapi menyebabkan negara itu begitu berpecah-belah.

Saya akan menjadi presiden semua rakyat,” kata Moon, dan berjanji untuk “malah berkhidmat bagi mereka yang tidak menyokong saya”.

Saya akan menjadi presiden yang berdiri sama tinggi dengan rakyat,” tambahnya, dan berkata beliau akan berunding dengan peniaga di pasar dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Majlis sederhana itu yang bermula dengannya memasuki bangunan diiringi isterinya dan paluan gendang, diadakan beberapa jam selepas beliau secara rasmi diumumkan sebagai pemenang pilihan raya kelmarin.

Moon memperolehi 41.1 peratus undian, jauh di hadapan Hong Joon-Pyo dari Parti Korea Kebebasan yang dianggotai Park, dengan 24.0 peratus, dan calon haluan tengah Ahn Cheol-Soo dengan 21.4 peratus.

Sebelum majlis mengangkat sumpah, Moon berjumpa dengan penggubal undang-undang terkemuka dari Parti Korea Kebebasan – yang mendokong pendirian tegas mengenai Korea Utara dan berulang kali menuduhnya bersimpati dengan Pyongyang yang akan “menyerahkan seluruh negara kepada Korea Utara jika dipilih nanti”.

Saya ingin menunjukkan kepada rakyat kita bahawa semua kita sedang sama-sama bergerak ke hadapan,” kata Moon kepada mereka, dan menambah beliau akan mendapatkan pendapat mereka mengenai isu keselamatan negara. “Saya merayu kerjasama anda.”

Sejak awal tahun lepas, Korea Utara yang menyatakan ia memerlukan senjata atom untuk mempertahankan diri daripada pencerobohan, sudah melancarkan dua ujian nuklear dan siri pelancaran peluru berpandu.

Sejak beberapa bulan lalu pentadbiran Trump telah membayangkan pilihan ketenteraan di atas meja, menyebabkan kebimbangan mengenai konflik untuk meruncing – tetapi presiden AS mengubah nada pada minggu lepas, dan menyatakan beliau pasti “berbesar hati” untuk berjumpa dengan pemerintah muda Korea Utara, Kim Jong-Un.

Moon, 64 tahun, dijangka mengadakan perbualan pertamanya dengan Trump dalam satu panggilan telefon semalam, kata agensi berita Yonhap, yang memetik diplomat yang tidak dinamakan di Seoul.

Beliau juga dijangka melantik perdana menteri, ketua perisikan dan ketua kakitangan presiden semalam, kata pembantunya.

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Moon di atas kemenangannya dalam pilihan raya, dan berkata beliau bersedia untuk bekerja sama dengannya atas dasar “saling faham-memahami dan saling hormat-menghormati”, menurut agensi berita rasmi Xinhua di China.

Kata-kata tersebut adalah kod diplomatik Beijing yang menerima pendiriannya.

China, rakan niaga terbesar Korea Selatan, berang dengan penggunaan sistem anti peluru berpandu AS THAAD di negara itu, yang ia anggap sebagai ancaman kepada keupayaan angkatan tenteranya sendiri.

Ia telah mengambil beberapa langkah ke atas syarikat Korea Selatan yang dilihat sebagai tindak balas ekonomi. — AFP

Advertisement