Anda di sini

Kerajaan bn laksana usaha tingkat ekonomi rakyat

Advertisement
 Isnin bersama rombongan melawat rumah ke rumah menerusi program Ziarah Sayang Sabah.
DEKATI RAKYAT: Isnin bersama rombongan melawat rumah ke rumah menerusi program Ziarah Sayang Sabah.

BEAUFORT: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha mempertingkat sumber ekonomi rakyat dan sekali gus mensifarkan kadar kemiskinan di negeri ini.

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Aliasnih berkata pelbagai program telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membawa rakyat keluar daripada kemiskinan.

Usaha ini sudah lama dilakukan dan usaha itu berterusan sehingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui selepas program ziarah Sayang Sabah di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jimpangah dan Halogilat, di sini, kelmarin.

Beliau berkata usaha yang dilakukan bukan hanya oleh Kerajaan Pusat tetapi juga dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Rakyat negeri ini wajar bersyukur kerana mempunyai dua kerajaan yang sentiasa berusaha mempertingkatkan sumber ekonomi.

Katanya pada peringkat Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Musa Aman, pelbagai insentif untuk membantu golongan miskin telah diperkenalkan.

Antaranya, termasuklah Mini Estet Sejahtera selain memberikan bantuan kepada golongan yang tersenarai. Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut melakukan perkara yang sama.

Katanya apa yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak dilakukan oleh mana-mana kerajaan di negara lain.

Malahan, katanya, negeri yang dipimpin oleh pembangkang sendiri tidak melakukan seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

Rakyat di negeri yang dikuasai oleh pembangkang hanya mengharapkan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat,” katanya.

Isnin juga memberitahu selain menghulurkan bantuan, kepimpinan BN juga adalah barisan kepimpinan yang sentiasa turun padang dan mendekati akar umbi.

Katanya barisan kepimpinan BN sentiasa mendengar dan memberi perhatian kepada permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Sepertimana yang kita lakukan dalam DUN Klias, rakyat boleh melihat sendiri bahawa barisan kepimpinan BN Beaufort sentiasa mendekati rakyat dan sentiasa turun padang.

Malah masalah yang dihadapi oleh rakyat DUN Klias juga diselesaikan oleh barisan kepimpinan BN dan bukannya pembangkang,” katanya.

Mengenai program Sayang Sabah, Isnin memberitahu ia merupakan salah satu program untuk mendekati rakyat khususnya pada peringkat akar umbi.

Katanya program itu bukan sekadar untuk menghulurkan bantuan kerajaan tetapi pada masa yang sama mendengar masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Advertisement