Anda di sini

Tentera Venezuela tahan penunjuk perasaan

Advertisement

Orang awam dibicarakan di mahkamah tentera hanya kerana memprotes k’jaan Maduro

 Pegawai polis antirusuhan bertempur dengan penyokong pembangkang semasa rali anti-Maduro di Caracas, kelmarin. — Gambar Reuters
KECOH: Pegawai polis antirusuhan bertempur dengan penyokong pembangkang semasa rali anti-Maduro di Caracas, kelmarin. — Gambar Reuters

CARACAS: Mahkamah tentera Venezuela telah mengarahkan penahanan sekurang-kurangnya 50 orang awam yang terlibat dalam bantahan berdarah beramai-ramai terhadap pemerintahan kerajaan Presiden Nicolas Maduro, menurut sebuah organisasi bukan kerajaan  kelmarin.

Alfredo Romero, seorang peguam dengan NGO Foro Penal (Forum Kehakiman Jenayah), memberitahu bahawa perbicaraan tentera melibatkan suspek orang awam diketahui dibuat sejak  beberapa hari lalu.

Setakat ini, 75 orang telah dihadapkan di depan mahkamah tentera Venezuela. Seramai 50 daripada mereka masih dalam tahanan,” menurut Romero, yang telah mewakili orang awam yang ditahan.

Seramai 40 atau lebih orang telah dijangkakan hadir di depan hakim pada lewat kelmarin, menurut peguam, yang mengecam apa yang beliau katakan sebagai satu usaha “melanggar undang-undang” oleh sebuah mahkamah tentera untuk membicarakan orang awam.

Pegawai kerajaan  tidak mengesahkan penahanan tersebut, atau prosiding tentera terhadap suspek awam.

Seramai 50 orang telah ditahan di negeri Guarico, menurut kepada pakar perundangan Luis Betancourt dengan Foro Penal.

Luis Almagro, ketua bagi Organization of American States, telah mengecam penahanan yang dilaporkan dalam sebuah video.

Bahagian ketenteraan di Venezuela, bahagian rejim awam mewakili satu bahagian yang paling teruk dalam satu pemerintahan diktator,” kata Almagro.

Secara terperinci, “mempunyai hakim-hakim ketenteraan mendakwa orang awam adalah sememangnya di luar keseimbangan, secara perundangan,” menurut Almagro,  seorang diplomat Uruguay yang mengetuai badan penyelarasan polisi wilayah yang berpusat di AS.

Polis pencegah rusuhan telah melepaskan tembakan gas pemedih mata kelmarin ketika ribuan orang mendesak bagi satu kempen selama seminggu bagi bantahan terhadap usaha Maduro untuk mengubah perlembagaan.

Pertempuran ketika bantahan telah menyebabkan 36 orang meninggal dunia dan ratusan orang tercedera sejak keganasan meletus pada 1 April, menurut kepada pihak berkuasa.

Para penunjuk perasaan mempersalahkan Maduro atas krisis ekonomi yang menyebabkan kekurangan makanan di negeri kaya minyak itu dan tindakan meminda perlembagaan bertujuan menolak permintaan bagi pilihan raya awal.

Maduro menyatakan krisis adalah satu konspirasi kapitalis yang disokong oleh AS terhadap kerajaan sosialis yang dilantik.

Ketua pendakwa rayanya sendiri bertegas terhadap penahanan penunjuk perasaan. — AFP

Advertisement