Anda di sini

Remaja ditahan, disyaki liwat adik perempuan keluarga angkat

SIBU: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan selepas disyaki meliwat adik perempuan keluarga angkatnya yang berumur lapan tahun.

Insiden terkutuk itu hanya disedari ibu kandung mangsa, 26, selepas dimaklumkan oleh doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap anak perempuannya pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah memberitahu, satu laporan polis mengenai kes meliwat tersebut telah diterima oleh pihaknya.

Pemeriksaan doktor mendapati ada kesan luka kecil di bahagian dubur mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, pasukan polis telah berjaya menjejaki dan menangkap suspek yang merupakan saudara mangsa sendiri.

Menurut Saiful, suspek yang tidak bekerja tinggal serumah dengan mangsa ditangkap semalam.

Mangsa telah mengaku diliwat oleh suspek yang juga merupakan anak angkat saudara terdekat keluarga mangsa,” katanya.

Suspek telah direman selama enam hari sehingga 15 Mei ini bagi membantu siasatan polis.

Saiful menambah, kes tersebut akan disiasat di bawah Sekyen 377C Kanun Keseksaan kerana disyaki meliwat.