Anda di sini

Purnama dipenjara dua tahun

Advertisement

Hakim jatuhkan hukuman lebih tegas atas pensabitan hina agama

 Purnama (tengah) bercakap dengan pasukan peguam belanya selepas hukuman dijatuhkan hakim dalam perbicaraan di Jakarta, semalam. — Gambar Reuters
TENANG: Purnama (tengah) bercakap dengan pasukan peguam belanya selepas hukuman dijatuhkan hakim dalam perbicaraan di Jakarta, semalam. — Gambar Reuters

JAKARTA: Gabenor Jakarta dijatuhi hukuman penjara dua tahun semalam selepas didapati bersalah menghina agama, dalam keputusan mengejut yang menimbulkan kebimbangan di Indonesia.

Kumpulan berpendirian keras di luar mahkamah Jakarta bersorak dan melaung ‘Tuhan Maha Besar’ ketika berita tersebar bahawa Basuki Tjahaja Purnama itu akan dihantar ke penjara dalam hukuman yang mengejutkan ramai pihak kerana pendakwa raya cuma mencadangkan pengawasan.

Purnama, gabenor pertama bukan Muslim dalam sejarah 50 tahun bagi Jakarta dan pemimpin etnik Cina pertamanya, kelihatan tenang apabila keputusan tersebut diumumkan dan berkata beliau akan mengemukakan rayuan, tatkala sebilangan penyokongnya di penjara mulai menangis.

Purnama yang juga digelar Ahok, dibawa ke penjara di Jakarta selepas keputusan dibacakan tetapi belum dapat dipastikan sama ada dia akan terus dipenjara atau dibebaskan kemudian sementara menunggu proses rayuan.

Panel lima hakim di mahkamah Jakarta mendapati Purnama bersalah atas tudu-han menghina agama selepas perbicaraan beberapa bulan

Ketika mengumumkan keputusan, hakim utama Dwiarso Budi Santiarto menyatakan Purnama bersalah kerana menghina agama dan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan mengarahkan dia ditahan serta-merta.

Seorang lagi hakim, Abdul Rosyad, menyatakan sebab atas hukuman tegas itu termasuklah kenyataan defendan tidak menunjukkan rasa bersalah meskipun tindakannya menimbulkan kekhuatiran dan mengguris sensitiviti Muslim.

Kesalahan menghina agama membawa hukuman penjara maksimum lima tahun di Indonesia.

Pada bulan lepas, pendak-wa raya menggesa hakim untuk menjatuhkan hukuman pengawasan dua tahun, dengan kemungkinan hukuman penjara setahun sekiranya dia melakukan jenayah semasa tempoh tersebut.

Saya kecewa dan sedih dengan keputusan itu.

Jarang sekali keputusan hakim lebih keras daripada tuntutan pendakwa raya,” kata salah seorang penyokongnya di mahkamah, Octa de Queljoe.

D luar mahkamah, ratusan kelompok radikal berkopiah putih bergembira ketika mendengar tentang hukuman penjara tersebut.

Syukur kepada Tuhan, dia harus dipenjarakan, ini adalah betul.

Beliau telah menghina kami,” kata Bachtiar, 38.

Bagaimanapun  segelintir tidak gembira kerana Purnama tidak menerima hukuman maksimum.

Kami kecewa, dia seharusnya mendapat lebih daripada itu, dia harus mendapat lima tahun,” menurut surirumah Novareinita Zein, 46.

Kontroversi bermula pada September ketika Purnama, terkenal dengan gaya berterus-terangnya, menimbulkan kemarahan penganut Islam selepas memetik ayat suci al-Quran ketika kempen pilihan rayanya.

Dia menyatakan bahawa pihak lawannya telah mempergunakan ayat suci al-Quran untuk menipu orang ramai agar mengundi menentangnya.

Satu versi tersunting ucapannya menular dalam talian sekali gus menimbulkan kemarahan di luar Jakarta, di mana Purnama mentadbir sejak pemimpin sebelumnya Joko Widodo menjadi presiden pada lewat 2014.

Sebelum kontroversi itu muncul, Purnama mendahului pungutan suara berdasarkan kepada kesungguhannya untuk membersihkan Jakarta yang mengalami kesesakan trafik dan pencemaran teruk.

Dia dijangka menyerahkan kuasa di ibu negara kepada Anies Baswedan pada Oktober, bekas menteri pendidikan yang menewaskannya dalam pilihan raya April lepas.

Perbicaraan bermula pada Disember dan berterusan beberapa bulan, dengan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan telah memanggil lebih 40 saksi.

Pasukan Purnama menuduh pihak pendakwaan memanggil saksi yang berat sebelah dan menyatakan ramai malahan tidak hadir ketika tuduhan itu didakwa dilakukan. — AFP

Advertisement