Anda di sini

Pecah amanah: Bekas kerani akaun mengaku tidak salah

Advertisement

SIBU: Seorang bekas kerani akaun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sarikei semalam atas 77 pertuduhan pecah amanah melibatkan cek bernilai hampir RM2.9 juta.

Tertuduh, Lim Hui Ten mengaku tidak bersalah bagaimanapun tidak dibenarkan bebas dengan ikat jamin serta diperintah ditahan reman lanjut.

Mahkamah menetapkan 11 hingga 20 September ini sebagai tarikh perbicaraan kes dengan kira-kira 40 orang saksi dipanggil memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan, Lim didakwa melakukan pecah amanah di sebuah bank di Sarikei dari Mei 2011 hingga Oktober 2013.

Beliau didakwa melakukan pecah amanah melibatkan cek milik syarikat tempat beliau bekerja dan didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman hukuman penjara tidak kurang setahun serta tidak lebih 10 tahun serta sebatan dan denda.

Advertisement