Anda di sini

DP Ice Cream Gula Apong buka cawangan baharu di Kampung Baru, Kuala Lumpur

Advertisement
 Paruwadi (kanan) di hadapan cawangan baharu DP Ice Cream Gula Apong di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
CAWANGAN BAHARU: Paruwadi (kanan) di hadapan cawangan baharu DP Ice Cream Gula Apong di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

KUCHING: Pengarah Eksekutif DP Ice Cream Gula Apong, Datuk Dr Paruwadi Musa melahirkan penghargaan terhadap sokongan pelanggan di Semenanjung Malaysia terhadap Ice Cream Gula Apong keluaran syarikatnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan cawangan kelapan DP Ice Cream Gula Apong di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Syukur atas sokongan diberikan oleh pelanggan di Semenanjung Malaysia dan kita tidak menjangka mendapat sambutan begitu menggalakkan.

Sokongan ini membuktikan produk keluaran tempatan mampu bersaing dengan produk antarabangsa,” katanya di sini kelmarin.

Menurut Paruwadi, keunikan Ice Cream Gula Apong terletak pada perisa gula apong yang sememangnya sangat terkenal di Sarawak.

Beliau juga merancang membuka lebih banyak cawangan di Semenanjung Malaysia jika sambutan terhadap produk itu semakin menggalakkan.

DP Ice Cream Gula Apong kini mempunyai tujuh cawangan terletak di Kuching dan Kota Samarahan.

Advertisement