Anda di sini

Telekom umum jawatan pengurusan utama, berkuat kuasa 15 Mei

Advertisement

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) semalam mengumumkan pelantikan Nor Fadhilah Mohd Ali sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO), Kewangan Kumpulan, wanita pertama yang dipilih untuk jawatan berkenaan dalam syarikat telekomunikasi utama negara itu.

 Datuk Kairul Annuar Mohamed Zam Zam pula di lant ik sebagai Ketua Pegawai Strategi (CSO), berkuat kuasa 15 Mei, dalam barisan kepimpinan kumpulan untuk meneraju fasa baharu per jalanan transformasi berterusan syarikat ini.

 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata pelantikan utama di bawah kepimpinan baharu TM itu adalah sebahagian daripada fasa baharu perjalanan transformasi berterusan syarikat sebagai Peneraju Pertumpuan Negara bagi meneruskan asas kukuh yang telah diwujudkan oleh Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa.

 “Kami juga gembira kerana pelantikan ini membabitkan bakat-bakat dalaman yang telah dikenal pasti dalam pelan penggantian kepimpinan kami. Ini sejajar dengan hasrat TM untuk menjadi sebuah organisasi yang tangkas dan bertindak terhadap keperluan perniagaan dan pasaran,” katanya.

 Selain GCFO dan CSO baharu, TM turut mengumumkan perubahan dalam jawatan pengurusan utama lain yang juga berkuat kuasa 15 Mei 2017.

 Dengan pelantikan Kairul sebagai CSO, jawatan beliau sekarang akan diambil alih oleh Azizi A.

 Hadi sebagai Presiden Eksekutif bagi Akaun Terurus dan Mohd Roslan Mohd Rashidi sebagai Ketua Sektor Kerajaan TM, selain peranan Roslan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif GITN Sdn Bhd.

 Di VADS Bhd (VADS), Nizam Arshad dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif VADS dan VADS Lyfe Sdn Bhd. — Bernama

Advertisement