MIRI: Bersempena dengan Larian Amal Hotel Dynasty ke-14 pada 9 Julai ini, Lensin Printing & Trading menaja cetakan kad jogaton.
Pemangku Pengurus Besar Hotel Dynasty merangkap penyelia larian amal, Ho Poh Chin berkata, Lensin Printing & Trading sentiasa setia dan komited menyokong penganjuran larian ini sejak ia diadakan pada 2004.
“Kita berterima kasih kepada Lensin Printing atas sokongan dan sumbangan mereka dalam memastikan kejayaan penganjuran larian ini.
“Kita juga berharap orang awam sekali lagi memberikan sokongan terhadap larian ini sebagaimana tahun-tahun yang lepas,” katanya semasa penyerahan kad jogerton oleh wakil Lensin Printing, Wong Lay Pek kepada beliau di lobi Hotel Dynasty semalam.
Kad jogaton tersebut boleh didapati di Hotel Dynasty manakala borang penyertaan larian di Kantin Taman Bulatan, Share Tea Pusat Komersil Boulevard.
Pendaftaran melalui online boleh dibuat di http://bulatanparkrunnersclub.com/dynastyrun.
Maklumat boleh diperolehi dengan menghubungi Suzie Ata (016 5765197) atau Audrey Darlene Julius (016 8751228).
Sementara itu, Ho berkata, hadiah bernilai sebanyak RM15,800 menanti untuk dimenangi dan dijangka 1,800 peserta dijangka mengambil bahagian dalam acara tersebut.
“Setiap peserta yang mendaftar awal sehingga 28 Mei akan dikenakan yuran hanya RM55 manakala mulai 29 Mei hingga 5 Jun yuran RM65,” katanya.
Larian terbahagi kepada kategori 10km lelaki dan wanita terbuka, 10km lelaki dan wanita veteran, 10km lelaki dan wanita junior, 3.5km keluarga lelaki dan wanita dan 3.5km ‘fun run’.
Hadiah diberikan kepada 10 pemenang daripada setiap kategori.
Hadiah wang tunai untuk juara 10km lelaki/wanita terbuka sebanyak RM500 hingga RM700 manakala juara kategori lain RM400.
Tarikh tutup penyertaan pada 5 Jun.
Hasil kutipan akan disalurkan ke enam badan kebajikan terpilih ialah Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa (PIBAKIS), Pusat Dalam Komuniti (PDK) Morsjaya, Pusat Dialisis Buah Pinggang Miri (KDC), Pertubuhan Orang Buta Sarawak Miri, Home for The Aged dan Tabung Amal Hotel Dynasty.
