Anda di sini

Lelaki diperintah bebas dengan jaminan RM2,500

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki diperintahkan Mahkamah Majistret di sini supaya dibebas dengan jaminan RM2,500 berserta dua penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan menyimpan sebuah kereta curi.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Mei ini untuk pengurusan kes.

Mohd Faizal Yasin, 33, dari Kampung Lereng Bukit di sini didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun serta boleh didenda jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh dengan curang menyimpan harta curi iaitu sebuah kereta Honda Civic 2.0 kepunyaan Zulkifli Abdullah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh jam 6.20 petang, pada 25 April lalu di No.45 Kampung Lereng Bukit, Jalan Miri-Pujut di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement