Anda di sini

Cuba tikam polis Israel, gadis Palestin dibunuh

Advertisement
 Anggota polis rejim berkawal di tempat kejadian di Pintu Damsyik, pintu masuk utama ke Kota Lama Baitulmaqdis, kelmarin. — Gambar AFP
TAK BERI PELUANG: Anggota polis rejim berkawal di tempat kejadian di Pintu Damsyik, pintu masuk utama ke Kota Lama Baitulmaqdis, kelmarin. — Gambar AFP

BAITULMAQDIS: Seorang gadis Palestin cuba menikam anggota polis rejim Israel di pintu masuk utama ke Kota Lama Baitulmaqdis kelmarin sebelum dia ditembak mati, menurut rejim.

Pihak polis menyatakan penyerang menghampiri anggota polis sambil menghunus sebilah pisau di Pintu Damsyik, salah satu pintu masuk utama ke Kota Lama dan tempat kejadian beberapa insiden sejak beberapa bulan ini.

Remaja terbabit dikenal pasti sebagai Fatima Hajiji, 16, penduduk dari Qarawat Bani Zeid, utara Ramallah, menurut kementerian kesihatan Palestin.

Satu gelombang keganasan yang meletus pada Oktober 2015 telah meragut nyawa 262 rakyat Palestin, 41 askar Israel, dua rakyat Amerika Syarikat (AS), seorang dari Jordan, seorang dari Eritrea, seorang rakyat Sudan dan seorang dari Britain, menurut kepada satu kiraan AFP.

Kebanyakan rakyat Palestin yang terbunuh telah melakukan serangan pisau, senjata atau rempuhan kereta, menurut pihak berkuasa Israel.

Mereka yang lain telah ditembak mati semasa bantahan atau pertempuran, sementara yang lain telah terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Keganasan bagaimanapun agak berkurangan sejak beberapa bulan ini. — AFP

Advertisement