Anda di sini

Konsert JOOX LIVE bersama NIDJI pada 11 Mei ini

Advertisement
__alt__

JOOX, iaitu aplikasi penstriman muzik terkemuka Malaysia akan kembali menggegarkan Mei ini melalui JOOX LIVE, dengan menampilkan band rock Indonesia penuh sensasi, NIDJI, secara langsung di Malaysia.

 JOOX LIVE berhasrat melonjakkan pengalaman muzik digital dengan membawa gegak getaran persembahan secara langsung kepada pengguna segenap pelosok negara sambil menawarkan suatu wadah sokongan kepada dunia muzik yang sedang rancak berkembang di rantau ini.

 Setelah lima tahun peminat menantikan saat ini, NIDJI baru-baru ini menerbitkan album studio baru mereka berjudul, ‘Love, Fake & Friendship’ dan bakal memukau penggemar konsert dengan himpunan lagu khas menawan ciptaan mereka.

 Konsert JOOX LIVE bersama NIDJI akan diadakan pada 11 Mei 2017 di Kilang Bateri, Johor Bahru, dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

 Para peminat NIDJI boleh membeli tiket menerusi JOOX app yang tersedia dalam dua pakej, dengan harga RM80 setiap satu.

 Pakej Pelanggan Terawal (RM80) termasuk satu pas masuk, satu bulan langganan JOOX VIP dan satu CD ‘Love, Fake & Friendship’ berautograf.

 Pakej ini tersedia mulai 26 April dan terhad kepada 200 pembeli pertama sementara Pakej Biasa (RM 80) pula hanya termasuk satu pas masuk dan satu bulan langganan JOOX VIP.

 Tiket konsert boleh didapati di Kilang Bateri Merchandise Store dan juga di cawangan-cawangan CD RAMA seperti Sunway Putra di KL, HARRIS di Aeon Tebrau City Shopping Center, Johor Bahru City Square, dan Aeon Bukit Indah Shopping Centre di Johor.

 Tiket konsert juga boleh didapati dalam talian melalui laman web Peatix di jooxlivenidji.peatix.com.

 Sempena ulang tahun ke-15 mereka tahun ini, NIDJI melihat persembahan mereka di JOOX LIVE sebagai peluang yang amat baik untuk menjalin semula hubungan dengan peminat Malaysia setelah berehat sekian lama daripada membuat rakaman.

 JOOX LIVE telah berjaya menarik pengikut yang ramai di Malaysia dengan membawa persembahan bercorak antarabangsa secara langsung dan eksklusif, di samping menyokong industri muzik tempatan dan serantau, contohnya festival muzik Lovelifest baru-baru ini yang berlangsung dengan kerjasama Yuna Room Records.

 Menurut Angie Tan, Pengarah Perkembangan Perniagaan JOOX Malaysia, “JOOX LIVE adalah suatu wadah yang sedang berkembang dengan pesat bagi komuniti muzik tempatan dan pihak kami sangat terharu dengan sambutan yang diterima di sini di Malaysia.

 “JOOX LIVE bersama NIDJI ‘Love, Fake & Friendship’ adalah satu lagi kesempatan untuk memperkukuh kedudukan kami sebagai penyedia muzik digital terkemuka dengan membawakan satu lagi pengalaman konsert eksklusif yang mengesankan untuk para peminat.

 “Matlamat kami tidak lain tidak bukan untuk terus-menerus mempersembahkan pengalaman dan kandungan berciri tempatan yang menarik kepada pencinta muzik Malaysia,” katanya.

 Lebih ramai lagi artis tempatan dan antarabangsa dijadualkan naik pentas di JOOX LIVE.

 Untuk mengetahui siapa yang bakal ditampilkan selepas ini, sila muat turun app JOOX atau layari http://www.joox.com/.

 Berlatarkan fungsifungsi muzik yang bergaya, interaktif dan kian inovatif, JOOX berterusan meletakkan tanda aras dalam membawa hiburan muzik berkualiti tinggi kepada pengguna pada bila-bila masa, di manamana jua dan dalam apaapa sahaja peranti.

Advertisement