Anda di sini

Lapan pelawak popular hos program ‘Konsert Komedi’

Advertisement
__alt__

SELEPAS Maharaja Lawak Mega musim ini melabuhkan tirainya, keriuhan dan gelak tawa yang bergema pada setiap Jumaat malam akan terus dihidupkan dengan sebuah program variasi hiburan komedi baharu Astro, ‘Konsert Komedi’.

 ‘Konsert Komedi’ yang memperlihatkan penglibatan lapan pemain komedi popular tanah air ini akan menggeletek hati penonton mulai 12 Mei 2017 pada jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

 Siaran ini juga boleh dinikmati melalui platform Astro Go dan Astro On Demand.

 Konsert Komedi bakal menyaksikan persembahan nyanyian eksklusif yang diselangi dengan sketsa oleh pemain komedi baik solo mahupun berkumpulan bersama selebriti undangan mereka selama satu jam.

 Berdurasi sebanyak lapan episod, program ini akan bersiaran secara langsung bagi episod pertama dan kedua manakala episod selebihnya merupakan episod rakaman yang dibuat di Pinewood Iskandar Malaysia Studios.

 Istimewanya program ini, setiap pemain komedi diberi kebebasan penuh untuk mencorak sendiri persembahan nyanyian dan sketsa yang dipentaskan mengikut daya kreatif serta cara mereka sendiri.

 Setiap persembahan pula akan diiiringi oleh live band iringan pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS.

 Ketua Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, “Melihat akan sambutan padu penonton terhadap programprogram di Astro Warna, kami rasakan sudah tiba masanya untuk kami lakukan sesuatu sebagai tanda penghargaan buat mereka.

 Justeru itu, buat julung kalinya kami akan melancarkan sebuah saluran berdefi nisi tinggi baru iaitu Warna HD di saluran 124 mulai 8 Mei ini yang membolehkan penonton menikmati program di saluran Astro Warna dengan kualiti paparan yang lebih jelas.

 Istimewa lagi, program ‘Konsert Komedi’ ini merupakan program fl agship pertama yang akan bersiaran di Warna HD.

 Dengan adanya saluran yang berdefi nisi tinggi ini, pastinya penonton akan mendapat pengalaman tontonan yang lebih hebat,” tambahnya.

 Lapan pemain komedi yang akan mengemudi program ini terdiri daripada Hans Isaac, Afdlin Shauki dan Awie yang bergabung di bawah nama kumpulan ‘Baik Punya Cilok’, ‘Shiro’, ‘Zero’, ‘Bocey’, ‘Nabil’, ‘Sepahtu’, ‘Dato’ AC Mizal’ dan kemunculan semula kumpulan lawak otai yang dirindui semua peminat tegar komedi di Malaysia iaitu ‘Senario’ yang dianggotai oleh Wahid, Azlee, Saiful Apek, Yasin, Ilya dan Hamdan.

 Setiap daripada mereka turut mengundang selebriti pilihan mereka sendiri bagi memeriahkan lagi episod masing-masing.

 Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini adalah Erra Fazira, Ella, Stacy, Siti Nordiana, Indah Ruhaila, Misha Omar dan ramai lagi.

 Beberapa nama yang sudah lama berada dalam industri seni turut turun padang menyokong program ini seperti kumpulan yang popular dengan lagu Fiona; 4U2C, Datuk Zainal Abidin, Datuk Chef Wan dan Ramlah Ram.

 Raqim menambah, “Walaupun Konsert Komedi tidak mempunyai format tetap dan memberi kebebasan penuh kepada barisan pemain komedi untuk mencorak persembahan mereka sendiri, kami tetap menitikberatkan kualiti program ini seperti juga penghasilan produkproduk komedi lain yang pernah kami tawarkan.

 “Justeru itu, barisan pemain komedi yang menjayakan program ini bukan calang-calang orangnya.

 Mereka mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam arena komedi di Malaysia dan populariti mereka tidak perlu disangkal lagi,” tambahnya.

 Jangan lupa saksikan ‘Konsert Komedi’ yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat mulai 12 Mei 2017 pada jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124).

Advertisement