Anda di sini

Kekecohan di penjara padat Indonesia

Advertisement
 Seorang penduduk kampung (kiri) yang tinggal berhampiran dan anggota polis antirusuhan bersenjatakan raifal berkawal di depan kompleks Penjara Sialang Bungkuk dalam gambar rakaman Antara Foto kelmarin. — Gambar Reuters
KECOH: Seorang penduduk kampung (kiri) yang tinggal berhampiran dan anggota polis antirusuhan bersenjatakan raifal berkawal di depan kompleks Penjara Sialang Bungkuk dalam gambar rakaman Antara Foto kelmarin. — Gambar Reuters

Lebih 200 bolos dari penjara berkapasiti 300 yang dihuni hampir 2,000 banduan

PEKANBARU: Pasukan keselamatan Indonesia telah mengepung kebanyakan banduan yang meloloskan diri beramai-ramai dari penjara padat di pulau Sumatera, menurut pihak polis semalam.

 Lebih 200 bandua n meloloskan diri dari penjara di bandar Pekanbaru, Sumatera, selepas mereka dibenarkan keluar dari sel untuk solat Jumaat.

 Hampir 80 berjaya ditangkap semula dengan pantas selepas insiden itu.

 “Setakat ini 209 tahanan telah ditangkap semula atau menyerah diri.

 “Ramai yang telah kembali semula ke sel mereka,” jurucakap polis tempatan Guntur Aryo Tejo memberitahu sambil menambah kata bahawa pihak berkuasa tidak mempunyai jumlah sebenar banduan yang masih lagi bebas.

 Rakaman amatur yang disiarkan beberapa stesen televisyen tempatan menunjukkan beberapa lelaki, sebahagiannya cuma berkain pelekat, berebut memanjat pagar di penjara Sialang Bungkuk pada Jumaat lepas, tanpa sebarang petanda pihak berkuasa mengejar mereka.

 Kebanyakan banduan ditangkap semula ketika berkeliaran berhampiran Pekanbaru.

 Beberapa banduan yang melarikan diri terus menuju ke penjara lain di mana mereka menyerah diri.

 Tejo menyatakan banduan tersebut memberitahu polis mereka memutuskan untuk melarikan diri disebabkan oleh keadaan yang zalim di dalam penjara.

 Penjara untuk lelaki sahaja itu memiliki kapasiti 300 orang namun 1,870 banduan disumbat di dalamnya, dengan hanya lima pengawal dan seorang penjaga bangunan bertugas pada satu-satu masa, kata pengarah besar penjara I Wayan Dusak.

 “Mereka turut mengadu tentang layanan tidak adil oleh pengawal penjara,” kata Tejo.

 Lebih seribu banduan yang tidak melarikan diri dari penjara itu bagaimanapun enggan kembali ke sel mereka melainkan ketua pengawal digantikan.

 Kejadian meloloskan diri dari penjara adalah biasa di Indonesia, di mana banduan ditahan dalam keadaan tidak bersih di penjara yang padat.

 Pada 2013, kira-kira 150 banduan termasuk banduan da l am ke s t e ror i sme , meloloskan diri dari sebuah penjara di pulau Sumatera Barat.

 — AFP

Advertisement