Anda di sini

Waran tangkap ke atas lelaki miliki senapang buatan sendiri

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret memerintahkan waran tangkap ke atas seorang lelaki dituduh memiliki selaras senapang patah buatan sendiri dilanjutkan sehingga 31 Mei ini.

Majistret Zuraini Ali Musa turut mengeluarkan waran tangkap ke atas dua orang penjamin tertuduh.

Manakala wang jaminan tertuduh berjumlah RM2,500 dirampas untuk dijadikan hasil dalam negeri.

Waran tangkap itu dikeluarkan setelah mendapati tertuduh dan dua orang penjaminnya sama-sama gagal hadir untuk sebutan kes semalam.

Dalam kes ini, tertuduh Dellie Janting telah didakwa mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa memiliki selaras senapang angin buatan sendiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.40 petang, 25 Ogos 2014 di sebuah lot di Desaras  Fasa 6 Tudan.

Advertisement