Anda di sini

Ratusan sertai perarakan anti-Trump di New York

Advertisement
 Pembantah melaungkan slogan anti-Trump ketika menyertai perarakan di New York kelmarin. — Gambar AFP
SUARA RAKYAT: Pembantah melaungkan slogan anti-Trump ketika menyertai perarakan di New York kelmarin. — Gambar AFP

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin melakukan kepulangan pertama ke bandar asalnya di New York sejak menjawat jawatannya, untuk pertemuan dengan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull.

Beratus-ratus pembantah berarak di bandar menentang presiden – satu pertunjukan bantahan yang lebih kecil berbanding dengan tunjuk perasaan besar-besaran yang telah digesa.

“Hey, hey! Ho, ho! Donald Trump perlu disingkirkan!” laung beberapa anggota kumpulan ketika mereka berarak menuju ke sebuah kapal pengangkut pesawat yang telah diubah suai sebagai sebuah muzium di mana Trump akan menikmati makan malam dengan Turnbull.

Beberapa dasar Republikan telah ditentang dengan hebat di bandar yang mempunyai ramai penyokong Demokratik, di mana 80 peratus daripada undi pilihan raya adalah untuk lawannya Hillary Clinton pada November lepas.

Trump tiba di Manhattan lewat dari yang dijadualkan, selepas berada di Washington untuk meraikan kemenangan Republikan yang lama diingini di dalam Kongres, yang mengundi untuk membatal dan menggantikan undang-undang utama kesihatan pada 2010 arahan Barack Obama pada 2010 dikenali sebagai “Obamacare”.

Walaupun akta tersebut masih belum diserahkan kepada pihak Senat – di mana ia berdepan dengan tentangan hebat – kejayaan itu me-nunjukkan satu kemenangan ketara buat Trump selepas beberapa bantahan.

Taikun hartanah dan bekas bintang realiti TV itu akan hanya berada selama beberapa jam di bandar itu di mana beliau tinggal sebelum pemilihannya sebagai presiden – dan di mana isteri-nya Melania dan anak lelaki mereka berusia 11 tahun masih lagi menetap.

Trump akan beredar pada lewat Khamis untuk hujung minggu di sebuah kelab golf yang beliau miliki di Bedminster, New Jersey, kira-kira 50 batu di luar Bandar New York.

Bandar tersebut telah kerap melihat tunjuk perasaan anti-Trump sepanjang beberapa minggu dan bulan lepas, sebahagian yang mengumpulkan ribuan orang.

Walaupun kehadiran kelmarin adalah lebih kecil, pembantah menyuarakan kritikan mereka terhadap dasar Trump, dan beliau sendiri.

“Beliau adalah seorang antiintelektual yang tidak layak memegang jawatan itu dan saya percaya beliau adalah bertentangan dengan apa yang sepatutnya untuk Amerika,” tegas salah seorang penganjur perarakan, Flav Maximus, 39.

Tindakan Trump untuk menyekat imigresen, menarik balik perlindungan persekutuan untuk pelajar trans-jantina dan memansuhkan Obamacare adalah tidak dapat diterima sama sekali di bandar yang paling ramai penduduk di Amerika, dan salah satu yang paling liberal. — AFP

Advertisement