Anda di sini

Dipenjara kerana miliki pisau, seluar panjang curi

Advertisement

MIRI: Hanya kerana memiliki tiga bilah pisau dan lima helai seluar panjang curi, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret semalam.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah menimbangkan beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Makeson Diman, 32, dari Batu 30 Jalan Bintulu-Miri telah didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati ada memiliki tiga bilah pisau dan lima helai seluar panjang kepunyaan sebuah pasar raya di sini dan diletakkan di bawah jagaan Gregory Munap Gugu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 4.20 pagi, 1 Mei lalu di kaki lima sebuah kedai di Persiaran Kabor di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili.

Advertisement