Anda di sini

Berpanas tidak halang peminat Donnie Yen

Advertisement
Donnie Yen sempat merakam gambar swafoto bersama para peminat di bandar raya ini
Donnie Yen sempat merakam gambar swafoto bersama para peminat di bandar raya ini

KUCHING:Kira-kira 3,000 peminat bintang filem Ip Man 3, Donnie Yen membanjiri pekarangan bangunan Mahkamah Lama untuk melihat beliau secara langsung.

Beliau hari ini hadir mengenakan pakaian kasual serba putih ditemani isteri, Cecilia Wang, terlebih dahulu mengadakan sidang media bersama media tempatan dan negara jiran Indonesia sebelum bersua muka bersama peminat sambil dikawal rapi pasukan pengawai peribadi.

Donnie bagaimanapun, meminta agar beliau diberikan beberapa ketika untuk merakam swafoto bersama para peminat di bandar raya ini.


Katanya, peminat di sini amat peramah dan penyayang dan berhasrat untuk kembali ke sini untuk bercuti bersama keluarga tersayang.

Beliau bakal berangkat pulang esok untuk memenuhi jadual penggambarannya.

Donnie Yen menandatangani autograf untuk peminat
Donnie Yen menandatangani autograf untuk peminat
Cuaca panas tidak patahkan semangat ribuan peminat untuk bertemu Donnie Yen
Cuaca panas bukan penghalang bagi para peminat Donny Yen
  • oleh
  • Advertisement