Anda di sini

Miliki Samsung Galaxy S8 atau Samsung Galaxy 8+ melalui Celcom EasyPhone

Advertisement

Dengan harga serendah RM145 diganding rangkaian Celcom Lightning Fast LTE

__alt__

PETALING JAYA: Kini lebih mudah untuk memiliki Samsung Galaxy S8 atau Samsung Galaxy S8+ melalui Celcom EasyPhone, sebuah program ansuran yang ditawarkan melalui langganan dengan mana-mana pelan Celcom FIRST.

 Celcom memperkenalkan 24 bulan pelan ansuran EasyPhone membolehkan pelanggan Celcom memiliki Samsung Galaxy S8 dengan hanya membayar harga serendah RM145 dan digandingkan dengan rangkaian Celcom Lightning Fast LTE.

 Rangkaian Celcom Lightning Fast LTE yang telah diumumkan minggu lepas menggunakan teknologi terkini 4-transmit-4-receiver (4T4R) yang menyokong peranti terkini dengan ciri 4x4 multiple-input dan multipleoutput (MIMO).

 Dengan ini juga, Celcom menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan kelajuan data yang lebih tinggi berbanding keupayaan maksimum semasa sehingga 300Mbps dan melepasi 400Mbps, akses berkualiti tinggi kepada perkhidmatan multimedia dan pengalaman digital terbaik untuk pelanggan.

 Rangkaian Celcom Lightning Fast LTE menyokong penstriman video, penghantaran teks segera, suara digital, imej digital, muzik atau muat turun filem dan permainan masa sebenar (real time) bagi peranti seperti Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+.

 Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ setiap satunya boleh dimiliki dengan harga bulanan serendah RM145 dan RM165.

 Pelanggan juga boleh memilih bayaran tambahan sebanyak RM30 bagi perlindungan peranti, iaitu dengan kadar RM175 dan RM195 sebulan.

 Selain daripada pelan ansuran tersebut, pelanggan juga boleh memiliki Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ dengan harga RM2,168 dan RM2,498 setiap satu dengan langganan pelan Celcom FIRST™ Platinum, manakala dengan langganan pelan Celcom FIRST™ Gold Plus, Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ boleh dimiliki dengan harga RM2,478 dan RM2,808 setiap satu.

 Celcom FIRST™ Platinum menawarkan kuota Internet 60GB dengan Panggilan Tanpa Had pada kadar RM150 sebulan dan Celcom FIRST™ Gold Plus menawarkan kuota Internet 40GB dengan Panggilan Tanpa Had pada kadar RM98 sebulan.

 Antara kelebihan utama Samsung Galaxy S8 termasuklah ci r i ‘ Inf ini t y Display’ yang meletakkan piawaian baharu bagi pengalaman tanpa gangguan dan mengasyikkan kerana ia membolehkan paparan skrin besar tanpa memerlukan telefon yang lebih besar.

 Selain itu, pelanggan boleh memilih untuk menaiki UBER PERCUMA PERGI DAN BALIK ke cawangan Blue Cube terpilih yang berdekatan melalui aplikasi UBER, serta menikmati perkhidmatan ‘Priority Lane’ untuk membeli Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ mulai 5 Mei sehingga 7 Mei.

 Pelanggan yang bertuah juga akan menerima ‘Kotak Misteri’ yang membolehkan mereka memiliki Samsung Galaxy S8 pada harga RM888.

 Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej dan pelan yang ditawarkan oleh Celcom untuk peranti terkini yang penuh gaya, sila layari www.celcom.com.my dan http://www.samsung.com/my/smartphones/.

  • oleh
  • Advertisement