Anda di sini

Mahkamah tetap 16 Mei sebutan empat suspek terlibat rusuhan

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 16 Mei ini sebutan lanjut kes empat lelaki termasuk dua remaja dituduh melakukan rusuhan sambil mencederakan seorang lelaki lain.

Manakala keempat-empat tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan masing-masing RM1,500 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Horgan George, dari Tudan Fasa 6; Marcos Ngidang Tinus dan Victor Benedict dari Quadruplex Bandar Baru Permyjaya dan Denny Clarrence Nuing dari Tudan Fasa 6 di sini didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan dibawa bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasar pertuduhan kes, keempat-empat tertuduh didakwa merusuh dan sengaja menyebab kecederaan ke atas Selestine Robinson Stephen di bahagian belakang kepala, mata dan telinga sebelah kanan serta belakang badan dengan menggunakan sebatang rotan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama seorang lagi yang masih bebas pada jam 6.05 petang, 25 April lalu di pantai Tanjong Lobang di sini.

Advertisement