Anda di sini

Le Pen, Macron berdebat isu terorisme, ekonomi dan Eropah

Advertisement

PARIS: Calon haluan tengah di Perancis Emmanuel Macron dan pencabarnya dari haluan kanan dalam pilihan raya presiden Marine Le Pen berbalah mengenai terorisme, ekonomi dan Eropah kelmarin dalam perdebatan TV yang panas dan mendedahkan visi mereka yang amat berbeza sekali bagi negara itu.

Pertarungan itu menjelang pilihan raya Ahad ini dilabel sebagai konfrontasi di antara seruan Macron bagi keterbukaan dan reformasi propasaran dengan nasionalisme Le Pen yang mendahulukan Perancis.

Nada ditetapkan pada minit pembukaan apabila Le Pen melabel bekas menteri ekonomi dan pegawai bank pelaburan itu sebagai “calon golongan elit” dan “orang kesayangan sistem”.

Macron menjawab bahawa Le Pen, pewaris berusia 48 tahun parti Barisan Nasional (FN), adalah “pewaris sistem yang telah makmur menerusi kemarahan rakyat Perancis selama berdekad-dekad”, dan menambah: “Anda bermain dengan ketakutan.”

Lelaki berusia 39 tahun itu kerap melabel Le Pen seorang pembohong dan malah “parasit sistem”, yang menurutnya hidup daripada kekecewaan terhadap sistem politik Pe-rancis yang tersekat.

Mengenai Eropah, Le Pen menuduh Macron “tunduk” kepada Canselor Jerman Angela Merkel, dengan berkata: “Perancis akan dipimpin oleh seorang wanita, sama ada saya atau Puan Merkel.”

Beliau juga menuduh Macron mempunyai “sikap mahu memuaskan orang lain” dalam isu fundamentalisme Islam dan sentiasa mengingat-kan penonton tentang pera-nan Macron sebagai menteri dalam kerajaan Sosialis Presiden Francois Hollande yang tidak popular.

Namun Macron mempamerkan keinginan untuk berdebat, dan berulang kali menggambarkan saranan Le Pen sebagai simplistik, menunjukkan sifat mudah berputus asa atau berbahaya dan khususnya mengkritik saranannya untuk mengeluar-kan Perancis dari matawang euro.

Dasar euro “adalah per-kara karut yang besar dalam program Marine Le Pen”, katanya pada pertengahan perdebatan selama 140 minit itu.

Le Pen menganggap matawang euro, yang dikongsi-kan oleh 19 negara dalam Kesatuan Eropah (EU) dan dipersalahkan oleh sebahagian penduduk di Perancis bagi kenaikan harga, sebagai “matawang bank-bank, ia bukan matawang rakyat”.

Ketinggalan dalam tinjauan pendapat, perdebatan itu mungkin peluang terakhir Le Pen untuk mengubah dinamika pilihan raya sebelum hujung minggu terakhir dalam kempen yang lama dan tidak dapat diramalkan.

Satu tinjauan oleh kumpulan Elabe bagi saluran BFM sejurus selepas itu menunjukkan 63 peratus rakyat yang ditemu ramah mendapati Macron paling meyakinkan berbanding 34 peratus bagi Le Pen.

Ini mencerminkan secara umum ramalan bagi pemilihan Ahad ini.

Macron akan memenangi kira-kira 59 peratus berban-ding 41 peratus jika undian diadakan sekarang, tinjauan membayangkan, tetapi perdebatan pada masa lalu sewaktu kempen Perancis yang tidak menentu telah mengubah pendapat awam.

Dalam pemilihan pusingan pertama pada 23 April lalu, Le Pen menduduki tempat kedua dengan 21.3 peratus undian selepas melembutkan imej FN sejak enam tahun lalu – tetapi tanpa membuang sepenuhnya keraguan tentang kepercayaan teras parti itu.

Beliau menganggap kebangkitannya sebagai hasil daripada nasionalisme haluan kanan yang semakin meningkat selain tindak balas terhadap globalisasi yang dilihat dalam pemilihan Donald Trump di Amerika Syarikat dan keputusan Britain untuk meninggalkan EU.

Saya adalah calon rakyat Perancis seperti yang kita sayang, calon negara yang melindungi pekerjaan, ke-selamatan, sempadan kita,” katanya dalam kenyataan pembukaannya. — AFP

Advertisement