Anda di sini

Harapan tipis temui mangsa selamat

Advertisement

Selepas 21 maut ketika cuba selamat rakan sekerja terperangkap di lombong Iran

 Pekerja penyelamat cuba menyedarkan semula seorang pelombong yang berjaya              dikeluarkan dari lombong batu arang di Azadshahr di utara Iran selepas letupan menyebabkan berpuluh-puluh pelombong terperangkap kelmarin. — Gambar AFP
DARURAT: Pekerja penyelamat cuba menyedarkan semula seorang pelombong yang berjaya dikeluarkan dari lombong batu arang di Azadshahr di utara Iran selepas letupan menyebabkan berpuluh-puluh pelombong terperangkap kelmarin. — Gambar AFP

TEHRAN: Harapan adalah tipis untuk menemukan mangsa selamat di sebuah lombong di utara Iran di mana 21 pelombong terkorban ketika mereka cuba menyelamatkan rakan se-kerja yang terperangkap, kata seorang pegawai penyelamat semalam.

Mangsa seramai 21 orang itu mati dalam usaha menyelamat yang gagal selepas satu letupan kelmarin menyebabkan sebahagian sebuah terowong sepanjang sebatu runtuh, kata agensi berita.

Harapan untuk menemukan 14 pelombong lain yang masih hidup adalah minimum sekarang,” Sadegh-Ali Moghadam, pengarah kecemasan di wilayah Golestan, dipetik sebagai berkata oleh agensi berita rasmi IRNA.

Pegawai terdahulu berkata 32 pelombong dikhuatiri terperangkap jauh di bawah tanah dalam lombong Zemestan Yort.

Mayat 21 pelombong berkenaan dijumpai pada kedalaman 600 meter,” kata Moghadam, yang menambah operasi diteruskan untuk sampai kepada pekerja yang terperangkap pada kedalaman 1,000 hingga 1,500 meter.

Terowong itu runtuh apabila gas metana meletup di bawah tanah ketika pekerja cuba menghidupkan sebuah enjin lokomotif, menurut laporan awal.

Operasi menyelamat terhambat kerana terowong dipenuhi gas beracun dan pelombong terperangkap pada hujung jauh sebuah te-rowong sepanjang 1,000 meter dalam lombong kira-kira sepanjang dua kilometer.

Tempoh berkabung selama tiga hari diisytiharkan di wilayah Golestan, di mana nahas itu berlaku.

Imej yang disiarkan me-nerusi televisyen kerajaan IRIB menunjukkan evakuasi pelombong yang cedera dan letih di atas pengusung selain aktiviti yang tidak putus-putus oleh jabatan penyelamat di pintu masuk salah sebuah terowong lombong.

Kira-kira 30 pelombong menerima rawatan di pelbagai hospital kerana keracunan gas dan kecederaan, agensi berita kerajaan IRNA melaporkan.

Tiada maklumat diterima mengenai keadaan mangsa yang terperangkap.

Pekerja yang dihantar ke hospital adalah antara mereka yang telah bergegas masuk dari luar untuk membantu mangsa selepas letupan berlaku.

Presiden Iran Hassan Rouhani telah menghantar Menteri Buruh dan Kebajikan Ali Rabii ke lombong terbabit untuk menyelia operasi menyelamat dan merawat mangsa, IRNA melaporkan.

Naib Presiden Pertama Eshaq Jahangiri menyampai-kan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menugaskan Menteri Perlombo-ngan dan Industri Mohammad Reza Nematzadeh untuk menyiasat punca nahas.

Isu itu khususnya sensitif dua minggu sebelum pilihan raya presiden di mana Rouhani berharap untuk dipilih semula.

Calon konservatif menuduh kerajaan gagal menjaga golo-ngan miskin.

Lombong tersebut mempunyai 500 pekerja dan letupan berlaku sewaktu pertukaran syif, kata media kerajaan. — AFP

Advertisement