Anda di sini

Galaxy S8 dan Galaxy S8+ kini di pasaran

Advertisement
__alt__

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaharu mereka untuk pasaran tempatan, iaitu peranti Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ semalam.

 Pada masa sama, Samsung Malaysia turut mengadakan pameran serentak di Sunway Pyramid, Queensbay Mall, Sutera Mall dan semua 76 Samsung Experience Stores seluruh negara bermula semalam.

 Galaxy S8 ditawarkan pada harga RM3299 di Malaysia, sementara Galaxy S8+ pula ditawarkan pada harga RM3699 dan setiap pembelian Galaxy S8 atau S8+ didatangkan dengan Kit Permulaan Edisi Terhad seperti pelindung telefon, pelindung skrin, kaki pengecas tanpa wayar, kabel USB Jenis-C dan pek bateri kompak 5,100mAh.

 Selain itu, pelanggan yang memiliki Galaxy S8 atau S8+ juga boleh membeli Gear VR dengan alat kawalan (RM499) dan Gear 360 (RM999) pada separuh daripada harga runcit.

Advertisement