Anda di sini

Tindakan pantas selamat sekolah daripada terbakar

Advertisement

SIBU: Tindakan pantas sekolah memadamkan kebakaran sebuah bilik guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit malam kelmarin berjaya mengelak malapetaka lebih besar.

Dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu, api mula disedari oleh seorang guru yang berada di sekolah tersebut.

Menurut maklumat, beliau ternampak asap di situ bergegas keluar daripada bangunan dan terus membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba.

Bomba dengan kekuatan lapan orang diketuai Pegawai Kanan, PPgB Arrahman Chik menaiki dua kenderaan tiba di lokasi pada jam 9.35 malam.

Setiba di lokasi, pihak bomba mendapati api telah berjaya dipadamkan.

Pihak bomba kemudian melakukan pemeriksaan kawasan bagi memastikan semua keadaan selamat di situ.

Menurut Arrahman, pihaknya hanya melakukan pemantauan di lokasi selepas yakin keadaan di lokasi terkawal.

Kita hanya membuat kerja menyeluruh bagi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya,” katanya sambil menambah kebakaran hanya melibatkan 30 peratus kerosakan.

Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan anggaran kerugian belum dapat dikenal pasti.

Advertisement