Anda di sini

Promosi peralatan Bosch hingga Ahad ini di Public Hardware

Advertisement
 Public Hardware mengadakan promosi hebat selama lima hari sehingga Ahad ini.
REBUT PELUANG: Public Hardware mengadakan promosi hebat selama lima hari sehingga Ahad ini.

SERIAN: Public Hardware, iaitu pusat sehenti bagi alatalat perkakasan dan mesinmesin, mengadakan promosi besar-besaran selama lima hari ke atas alat kuasa Bosch dan barang-barang lain di premisnya di Bazar Serian, bermula semalam hingga Ahad ini.

 Promosi hebat itu adalah bersempena sambutan perayaan bakal menjelang iaitu Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri.

 Jurucakap bagi kedai tersebut memberitahu, banyak peralatan dan perkakasan dengan jenama terkemuka boleh direbut pada harga diskaun serta berpatutan.

 Ia termasuk gerudi elektrik, mesin tukul putar, ‘demolition hammer’, mesin gergaji potong, pembersih vakum basah dan kering, peralatan kebun serta set kimpalan.

 Beliau berkata, antara yang disyorkan dengan harga runtuh ialah pembersih tekanan tinggi jenama Bosch, pemotong rumput dan rangkaian penuh set mesin kimpalan.

 “Alat-alat kuasa ini lazim digunakan kini khususnya pembersih tekanan tinggi dan pemotong rumput.

 “Perayaan kian tiba dan tiba masanya bagi pemilik rumah untuk membersihkan rumah.

 “Rebut peluang ini untuk mendapatkan alat-alat kuasa serta perkakasan untuk rumah atau garaj anda sehingga hujung minggu ini.

 “Promosi ini juga sebahagian daripada jerayawara produk Bosch di semua bandar utama di negeri dan hentian kami yang seterusnya adalah di Bintulu,” katanya ketika taklimat produk di premis itu di sini, semalam.

 Public Hardware dibuka pada jam 8 pagi hingga 5 petang pada waktu promosi dan ia terletak di No 198, Bazar Serian dan untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi 082-872 829 atau 016-864 4141.

Advertisement