Anda di sini

Pertelingkahan kumpulan dadah di Rio, dua dibunuh polis

Advertisement
 Sebuah bas hangus dibakar anggota kumpulan dadah di Avenida Brasil di Rio de Janeiro, kelmarin. — Gambar AFP
MELAMPAU: Sebuah bas hangus dibakar anggota kumpulan dadah di Avenida Brasil di Rio de Janeiro, kelmarin. — Gambar AFP

RIO DE JANEIRO: Dua suspek yang disyaki anggota geng dadah maut kelmarin di Rio de Janeiro apabila polis campur tangan untuk menghentikan pertelingkahan di antara puak-puak yang bermusuhan, selain siri kejadian penjarahan dan pembakaran bas.

Polis menyalahkan geng-geng dadah yang bermusuhan bagi keganasan yang melonjak di dalam dan sekitar sebuah kampung setinggan yang terletak di sepanjang Avenida Brasil, antara jalan utama.

Tiga anggota polis cedera dan dua suspek samseng terbunuh, kata ketua keselamatan Rio de Janeiro, Roberto Sa, di satu sidang akhbar.

Polis menangkap 45 orang dan merampas 32 raifal ala tentera, kata Sa.

Keadaan begitu tegang sekali ketika polis bersenjata berat memburu suspek samseng dan cuba menghentikan penjarahan oleh penduduk tempatan, yang ditunjukkan dalam televisyen kebangsaan menggeledah sebuah trak.

Rakaman televisyen turut menunjukkan kepulan asap hitam yang naik dari kawasan kejadian, yang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Galeao.

Kolonel Andre Silva dari pasukan polis memberitahu televisyen Globo bahawa keganasan itu bermula “dengan kejadian yang mungkin pencerobohan (ke atas kampung setinggan Cidade Alta) oleh sebuah puak musuh”.

Kebakaran bas “adalah untuk mencuri tumpuan kita dan menyebabkan kekeliruan supaya penjenayah dapat lari”, katanya dan menegaskan rancangan mereka telah gagal.

Kerajaan negeri Rio de Janeiro sudah kehabisan wang malah untuk membiayai sepenuhnya banyak perkhidmatan asas dan polis lewat menerima gaji. Keselamatan semakin longgar sejak berakhirnya Sukan Olimpik yang diadakan di sini pada tahun lepas.

Sa memuji polis kerana menjalankan tugas dengan baik dalam keadaan yang begitu sukar, dan memerhatikan bahawa mereka tidak melancarkan mogok seperti apa yang berlaku di negeri jiran Espirito Santo pada Februari lalu, yang mencetuskan kegagalan undang-undang.

Mereka telah mengelak situasi yang huru-hara,” kata Sa, dan menyifatkan tindakan kelmarin sebagai “pantas, efisien, mengelak pertumpahan dadah dan merampas 32 raifal dalam satu masa”.

Kejadian berbalas tembakan merupakan realiti harian di tempat yang miskin di Rio dipanggil favela, di mana geng-geng dadah berebut kawasan dan menentang polis.

Satu rancangan yang bercita-cita tinggi untuk memulihkan ketenteraman menerusi kepolisan komuniti kini tersandung, memaksa polis yang kekurangan pembiayaan untuk kembali kepada serbuan dari masa ke semasa, satu taktik yang sering dikritik kerana mendedahkan penduduk yang aman dalam kawasan penuh sesak di tengah bandar kepada peluru sesat yang berbahaya.

Jabatan pendidikan Rio berkata lebih 12,500 kanak-kanak tidak dapat pergi ke sekolah kelmarin disebabkan oleh kejadian tembak-menembak. — AFP

Advertisement