Anda di sini

Konsortium Dayak Perintis dapat kontrak bina jalan dari Persimpangan Bakun ke Jambatan Sungai Tangap

Advertisement
 Albert (tiga kiri) menyerahkan Letter of Award kepada Leonard mewakili Konsortium Dayak Perintis.
TAHNIAH: Albert (tiga kiri) menyerahkan Letter of Award kepada Leonard mewakili Konsortium Dayak Perintis.

KUCHING: Konsortium Dayak Perintis Sdn Bhd, konsortium di bawah Dewan Perdagangan dan Industri Dayak (DCCI) dianugerahkan surat tawaran kontrak (Letter Of Award) daripada Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd untuk membina jalan dari Persimpangan Bakun ke Jambatan Sungai Tangap.

 Projek pembinaan jalan itu (Persimpangan Bakun ke Jambatan Sungai Tangap) merupakan sebahagian daripada projek Lebuh Raya Pan Borneo.

 Surat tawaran itu diserahkan oleh Pengarah Eksekutif Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd Albert Ling Su Siong kepada wakil Konsortium Dayak Perintis Sdn Bhd, Leonard Martin Uneng pada satu majlis ringkas di sini, semalam.

 Di bawah kontrak itu, Konsortium Dayak Perintis dilantik sebagai subkontraktor kepada Pekerjaan Piasau Konkerit untuk melakukan kerja-kerja pembinaan tiga persimpangan di Bakun, Niah dan Suai serta jambatan di Sungai Niah.

 Menurut Leonard: “Sebagai kontraktor Bumiputera Sarawak, kami menerima tawaran ini sebagai cabaran dan dengan hati terbuka. Kami melihat ini satu tujuan untuk menunjukkan dengan peluang diberikan, kontraktor Bumiputera boleh melakukan yang terbaik. Kami berharap kerajaan akan memberi sokongan kepada kami.”

Terdahulu sebanyak 35 syarikat kontraktor Bumiputera menerima ‘Letters of Intent’ untuk kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

 Konsortium Dayak Perintis dan lima lagi kontraktor Bumiputera berjaya mendapat surat tawaran kontrak daripada kontraktor utama bagi pelbagai pakej pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak.

Advertisement