Anda di sini

Fazley Yaacob kongsi kisah duka dalam single baru ‘Ketiadaan’

Advertisement
__alt__

PENYANYI, pengacara, chef dan juga penceramah motivasi terkenal, Datuk Fazley Yaakob tampil dengan single terbaru berjudul ‘Ketiadaan’.

Fazley, 38, berkata single ‘Ketiadaan’ ini diilhamkan daripada kisah-kisah duka yang berlaku di sekeliling beliau seperti perpisahan dan juga peristiwa hitam yang pernah menimpa Malaysia iaitu tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan nahas MH17.

Ketiadaan menjulang tinggi erti kehilangan insan tersayang sama ada seumur hidup, sementara atau cinta terputus.

Arwah ayah meninggal dunia ketika saya dalam proses menghasilkan single ini dan seminggu kemudian nenek pula dijemput Ilahi,” katanya dalam kenyataan.

Perasaan ketiadaan itu cukup erat dalam diri saya kerana asyik terbayang kelibat dan gelak ketawa mereka sekaligus kehilangan tempat berkongsi masalah.

Lantaran itu, saya tidak mencuri waktu panjang hendak menulis lirik. Malah, hanya mengambil masa 30 minit untuk merekod lagu ini dalam studio,” tambah beliau.

Dalam pada itu, video muzik ini telah menjalani penggambaran di Sydney, Australia, Reims dan Paris, Perancis serta turut menampilkan arwah bapa Fazley semasa hayat beliau sebagai perkongsian momen termanis yang mengundang emosi.

Fazley yang juga merupakan Duta Pelancongan Halal ke Taiwan bakal merekodkan single terbarunya ini dalam versi bahasa Mandarin dengan kerjasama pengalih bahasa dan aktres jelita, Dr Soo Wincci bertujuan untuk menembus pasaran Taiwan tidak lama lagi.

Pelantun lagu ‘Asmara Ini’ juga mengharapkan agar single terbarunya ini diterima ramai sekaligus mengembalikan semula memori peminat yang masih setia bersamanya.

Single yang menjalani proses adunan akhir di studio 301, New South Wales, Australia itu boleh didapati dan dimuat turun menerusi Spotify, iTunes dan juga Youtube. Bernama

Advertisement