Anda di sini

Dadah: Wanita didenda RM2,700 atau empat bulan penjara

Advertisement

MIRI: Gara-gara menggunakan dadah berbahaya, seorang wanita didenda RM2,700 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam.

Nursherina Halim, 24, dari Kampung Lereng Bukit di sini telah dituduh menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang terkandung di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11 pagi, 4 Januari tahun ini di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan dikehendaki menjalani pengawasan serta-merta selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa manakala tertuduh tidak diwakili.

Advertisement