Anda di sini

Dadah: Lelaki didenda atau tiga bulan penjara

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki didenda RM2,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan mengguna dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Rosli Idris, 41, dari Piasau Jaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta merta dikehendaki menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati ada menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.10 pagi, 4 Januari lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Advertisement