Anda di sini

Celcom rintis perkhidmatan komunikasi mewah Google

Advertisement

Ganti SMS dengan perbualan kumpulan, foto resolusi tinggi

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Berhad bersedia untuk menjadi rakan telekomunikasi pertama dalam modenisasi perkhidmatan penghantaran mesej melalui platform Android dengan Pekhidmatan Komunikasi Mewah (Rich Communication Service (RCS)).

 Celcom mengumumkan kelmarin bahawa ia akan menggunakan platform hujung- ke-hujung Google bagi melaksanakan RCS.

 Perkhidmatan ini boleh diperolehi dengan peranti yang menggunakan Android Messaging sebagai tetapan aplikasi penghantaran mesej dan ia akan disokong oleh kekuatan rangkaian Celcom.

 RCS merupakan satu lagi contoh inovasi yang dibawakan Celcom kepada pelanggan.

 Android Messaging kini dilihat secara meluas sebagai pengganti teks SMS, dengan ciri-ciri perbualan kumpulan, perkongsian foto resolusi tinggi dan notifikasi penghantaran.

 Pada masa hadapan, Celcom bakal menggunakan RCS dalam menyediakan perkhidmatan interaktif mewah kepada para pelanggan.

 Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Michael Kuehner berkata, pelanggan Celcom akan memperoleh pelbagai manfaat dengan pelancaran RCS kerana ia menawarkan perkhidmatan penghantaran mesej yang bakal menambah baik pengalaman digital mereka.

 “Celcom berbesar hati untuk menjadi penyedia rangkaian pertama di Malaysia untuk bekerjasama dengan Google bagi memperkenalkan RCS.

 “Kami juga berharap untuk terus bekerjasama dengan Google dalam membawakan lebih banyak inovasi perkhidmatan melalui platform penghantaran mesej tersebut dalam masa terdekat ini,” menurut beliau.

 Usaha ini sejajar dengan visi GSM Association (GSMA) serta mematuhi Profil Sejagat bagi Perkhidmatan Komunikasi Mewah.

 Pada bulan Februari 2016, Google telah mengumumkan inisiatif RCS dan syarikat telekomunikasi seperti Sprint, Rogers, Orange, Deutsche Telekom dan Globe Telecom serta banyak lagi telah menyertai inisiatif ini dan komited dalam melancarkan perkhidmatan RCS, yang turut disokong oleh Jibe RCS cloud milik Google yang turut menyokong profil RCS sejagat.

  • oleh
  • Advertisement