Anda di sini

12 mati dalam letupan terowong di China

Advertisement
 Anggota penyelamat berhimpun dekat tempat kejadian di luar terowong kereta api di daerah Dafang, Kota Bijie dalam wilayah Guizhou kelmarin. — Gambar Reuters
TRAGIK: Anggota penyelamat berhimpun dekat tempat kejadian di luar terowong kereta api di daerah Dafang, Kota Bijie dalam wilayah Guizhou kelmarin. — Gambar Reuters

BEIJING: Seramai 12 pekerja terkorban selepas kejadian letupan dalam sebuah terowong rel kelajuan tinggi di barat daya China, kata media kerajaan semalam, selepas lebih 14 jam penyelamat mencari mangsa yang mungkin terselamat di bawah runtuhan.

Letupan itu berlaku selepas gas memenuhi terowong, yang sedang dikorek di wilayah Guizhou, menyebabkan 12 orang cedera dan 12 lagi terperangkap, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Lebih 2,000 penyelamat mencari mangsa yang mungkin masih hidup dalam terowong sebelum menamatkan operasi jam 4.45 pagi semalam.

Punca kemalangan itu sedang disiasat, kata laporan tersebut, yang menambah terowong itu direka untuk menembusi lapisan arang batu.

Negara itu sudah giat membina rel kelajuan tinggi selama lebih sedekad, dengan memasang lebih 17,000 kilometer landasan pada kadar yang begitu pantas, tetapi menimbulkan kebimbangan mengenai kerja yang tidak mengikut peraturan.  

Kemalangan perindustrian biasa berlaku di China, di mana peraturan keselamatan lazimnya tidak dikuatkuasakan dengan sempurna.

Pada 2015, negara itu merekodkan 66,000 kematian di tempat kerja, menurut statistik kerajaan yang mutakhir. — AFP

Advertisement