Anda di sini

Anuar Zain pukau penonton di Pasaraya Mydin, Samariang

Advertisement
__alt__

KUCHING: Penyanyi terkenal tanah air, Anuar Zain, hadir mempersembahkan nyanyian dan memukau penonton di Pasaraya Mydin, Samariang, di sini pada Ahad.

Anuar, kembali ke negeri ini untuk kali kedua bagi mempromosikan Album Anuar Zain 2017 selepas beliau datang ke sini awal bulan April di Pusat Beli Belah CityOne.

Selain menghiburkan peminat, Anuar juga sempat melayani karenah peminat yang mahu berswafoto dengannya selain mendapatkan tandatangan dalam sesi jumpa dan sapa.

Berusia 47 tahun, Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain mempersembahkan empat lagu untuk para peminatnya iaitu ‘Kau Bunga Cintaku’, ‘Kembali’, ‘Andainya Takdir’ dan ‘Cinta Takkan Berakhir’.

Malah, beliau juga sempat berduet secara spontan bersama peminat bertuahnya.

Album Anuar Zain 2017 merupakan album kelima beliau dan memuatkan lapan buah lagu.

Anuar juga mendedahkan beliau akan mengadakan lawatan sekali lagi ke negeri ini tetapi maklumat belum dipastikan.

Lawatan Anuar merupakan anjuran kolaborasi bersama Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Advertisement