Anda di sini

Tokoh pembangkang gesa rakyat adakan tunjuk perasaan hari ini

Advertisement
 Pelajar Venezuela menyertai perarakan yang memberi penghormatan kepada rakan sekolah mereka Juan Pablo Pernalete terbunuh 26 April lalu akibat impak grenade gas semasa protes mennentang Presiden Nicolas Maduro- di Caracas, kelmarin. — Gambar AFP
BERI PENGHORMATAN: Pelajar Venezuela menyertai perarakan yang memberi penghormatan kepada rakan sekolah mereka Juan Pablo Pernalete terbunuh 26 April lalu akibat impak grenade gas semasa protes mennentang Presiden Nicolas Maduro- di Caracas, kelmarin. — Gambar AFP

CARACAS: Seorang tokoh terkemuka pembangkang di Venezuela kelmarin mengumumkan perarakan selanjutnya untuk mengambil balik mahkamah dan Majlis Pilihan Raya Kebangsaan yang menurutnya telah “diculik” oleh Presiden Nicolas Maduro.

 Freddy Guevara menggesa rakyat untuk menunjuk perasaan pada hari ini (Isnin) – 1 Mei atau Hari Buruh, cuti tradisional untuk pekerja – dengan perarakan ke Mahkamah Agung dan pejabat Majlis Pilihan Raya Kebangsaan.

 “Kami mahu memanggil semua rakyat Venezuela, di 24 negeri dalam negara ini, untuk memberikan tumbukan satudua kepada pemerintahan diktator,” kata Guevara, yang mengumumkan perarakan serentak yang aman di keduadua lokasi.

 Demonstrasi selama sebulan pada April di Venezuela mengorbankan 28 orang dalam pertelingkahan di antara polis rusuhan dengan penunjuk perasaan antikerajaan, menurut pendakwa raya.

 Lebih 400 cedera, dan hampir 1,300 lagi ditangkap, menurut peguam negara.

 Pembangkang yang diketuai haluan kanan tengah menuntut pilihan raya untuk menyingkirkan Maduro, seorang sosialis yang dipilih rakyat.

 Ia menyalahkannya bagi krisis ekonomi yang menyebabkan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan barang asas lain.

 “Pada 1 Mei, selepas tentangan selama sebulan, kita perlu menunjukkan bahawa rakyat enggan berputus asa,” kata Guevara.

 Kumpulan hak asasi manusia Amnes ty Interna t iona l menggesa kerajaan pada Rabu lepas untuk menghentikan “penindasan” dan “penahanan sewenang-wenang” ke atas penunjuk perasaan.

 Terdahulu Pope Francis berkata Vatikan bersedia untuk masuk campur sebagai pengantara dalam usaha untuk menamatkan krisis politik yang berdarah di Venezuela di bawah “syarat-syarat jelas”.

 Bercakap di dalam pesawat yang membawa beliau balik dari Mesir ke Rom, pemimpin agama itu berkata: “Saya percaya ia mesti dilakukan di bawah syarat.

 Syarat-syarat yang sangat jelas.”

“Takhta Suci telah campur tangan ekoran tekanan yang kuat” daripada empat bekas pemimpin Sepanyol, Republik Dominika, Panama dan Colombia, katanya.

 “Ini tidak berkesan kerana cadangan tidak diterima.

 Ia telah dicairkan.

 Ia adalah ‘ya, ya tetapi tidak, tidak’,” katanya.

 Pemimpin agama itu berkata keempat-empat pengantara cuba melancarkan semula proses, dan menambah “mereka sedang mencari tempat” tetapi pembangkang menentang proses tersebut.

 “Kita harus melakukan segalanya yang termampu untuk Venezuela dengan jaminan yang perlu,” katanya.

 Pemimpin agama itu tidak menjelaskan syarat yang dimaksudkan.

 Namun Setiausaha Negara Vatikan, Pietro Parolin, bekas duta kepausan di Venezuela, pada Disember lalu bercakap mengenai empat prasyarat: penetapan rangka waktu pilihan raya, pembebasan penyokong pembangkang yang ditahan dalam penjara, membena rkan bantua n kesihatan asing, dan memberi kuasa balik kepada dewan perundangan.

 — AFP

Advertisement