Anda di sini

Nazim Othman lancar single pertama ‘Kerana Cinta’

Advertisement
__alt__

NAZIM Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman bukan nama yang asing dalam industri seni tanahair Malaysia.

 Beliau seorang model, pengacara, dan pelakon yang telah banyak mewarnai dunia seni dengan karya lakonannya.

 Antara drama dan telefilem yang pernah beliau lakonkan adalah ‘Dejavu di Kinabalu’, ‘Trilogi Cinta’, ‘Awan Dania’, ‘Lara Aishah’, ‘Pen Merah Pen Biru’, ‘Surat Cinta’ dan banyak lagi.

 Pada tahun 2016, Nazim telah menyertai program realiti televisyen anjuran Astro iaitu Gempak Superstar, sebuah program yang dipilih berdasarkan bakat dan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian.

 Malah, Nazim adalah antara 10 orang pelakon yang terpilih melalui uji bakat sama seperti program realiti yang lain.

 Antara para artis yang turut serta untuk program tersebut ialah Siti Elizad Sharifuddin, Arja Lee, Soffi Jikan, dan Sherry Ibrahim.

 Nazim Othman telah memperolehi kemenangan tempat kelima.

 Bakatnya tidak berakhir di situ, kini Nazim Othman melancarkan single terbaru yang berjudul ‘Kerana Cinta’.

 Sebuah lagu ciptaan Ezra Kong, Hael Husaini dan Mike Chan.

 Manakala liriknya pula ditulis oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.

 Lagu yang berkisar tentang kekuatan seorang insan yang ditimpa musibah, lalu didatangi seseorang yang sanggup bersusah senang bersama dengan penuh keikhlasan dalam memberi bantuan.

 Menurut beliau, lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau yang sebelum ini terlantar sakit di hospital, namun dengan adanya isteri sebagai penguat semangat, beliau bangkit untuk melawan kesakitan.

 Lagu ‘Kerana Cinta’ ini amat dekat di hati beliau kerana ianya ditulis berdasarkan kisah hidupnya secara peribadi.

 ‘Kerana Cinta’ menjadi judul lagu Nazim kerana ia selari dengan tema dan jalan cerita dalam lagu tersebut.

 Teristimewa untuk semua peminat Nazim, lagu ‘Kerana Cinta’ edaran Warner Music (M) Sdn.

 Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.

Advertisement