Anda di sini

Polis Thailand mohon waran tangkap pertama pewaris Red Bull

Advertisement

BANGKOK: Polis Thailand semalam meminta sebuah mahkamah agar mengemukakan waran tangkap terhadap pewaris empayar Red Bull berhubung kejadian langgar lari maut pada 2012, satu tindakan yang agak lewat untuk menamatkan kekebalan yang dinikmati oleh keturunan yang sangat kaya.

Orang awam Thai telah memerhati secara rapat sama ada mahkamah akan mengemuka-kan waran tersebut – yang pertama terhadap Worayuth Yoovidhya, yang selama beberapa tahun mengelak dari perbicaraan bagi tuduhan dikaitkan dengan kematian seorang anggota polis yang dilanggar oleh kereta Ferrarinya di jalan raya Bangkok.

Skion itu – digelar sebagai “Boss” – berusia 27 tahun pada masa kemalangan itu dan telah keluar masuk Thailand dengan bebas sepanjang tempoh lima tahun lepas namun tidak pernah ditangkap.

Sebahagian dakwaan ter-hadapnya telah tamat tempoh sepanjang tempoh itu.

Namun kesalahan paling serius – hukuman mungkin selama 10 tahun bagi pemanduan secara cuai yang membawa kepada kematian – adalah sah sehingga 2027.

Bagi kebanyakan orang di Thailand, kes tersebut telah menjadi satu contoh bagi layanan istimewa yang dinikmati oleh golongan elit dalam sistem kehakiman yang telah dicemari dengan teruk oleh wang dan pengaruh.

“(Waran tangkap) telah dipertimbangkan di Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan,” Kolonel Kachornpong Jiitparkpoom, pesuruhjaya balai polis Thonglor, memberitahu AFP semalam.

Pendakwa raya telah menggesa pihak polis agar memohon waran itu selepas Wora-yuth terlepas satu lagi tarikh akhir untuk hadir kelmarin – satu tindakan yang menurut pengkritik sebagai telah lama tertangguh.

Pejabat Peguam Negara berkata ia juga akan memohon untuk tindakan ekstradisi terhadap Worayuth, yang telah dilihat beberapa minggu ini di London.

Peguam Worayuth sebelum ini menyatakan anak guamnya tidak dapat hadir ke Bangkok disebabkan urusan perniagaan di UK.

Datuk Worayuth, Chaleo Yoovidhya telah mengasaskan bersama jenama Red Bull bersama dengan seorang rakyat Austria Dietrich Mateschitz pada tahun 1980-an.

Chaleo meninggal dunia pada Mac 2012 ketika berusia 89 tahun, meninggalkan se-ramai 11 anggota keluarganya yang masih hidup dengan nilai kekayaan kolektif sebanyak $22 bilion, menurut Bloom-berg. — AFP  

Advertisement