Anda di sini

Polis tembak wanita disyaki pengganas

Advertisement
 Polis menahan seorang lelaki di Westminster semasa serbuan antikeganasan di tengah London kelmarin. — Gambar Reuters
TANGKAP: Polis menahan seorang lelaki di Westminster semasa serbuan antikeganasan di tengah London kelmarin. — Gambar Reuters

LONDON: Seorang wa-nita ditembak oleh polis di London semasa serbuan antikeganasan kelmarin selepas satu operasi perisikan, menurut Polis Metropolitan di bandar tersebut.

Wanita yang berusia lingkungan 20-an ditembak di satu alamat di barat laut London semasa “siasatan menangani keganasan sedang dilakukan”, kata polis.

Dia adalah salah seorang daripada subjek dalam siasatan keganasan dan masih berada dalam pengawasan polis di hospital.

Serbuan pada waktu petang itu menyaksikan tiga ditangkap bagi tuduhan keganasan, termasuk dua di tempat kejadian – remaja lelaki berusia 16 tahun dan seorang wanita berusia 20 tahun – serta seorang lelaki berusia 20 tahun tidak jauh dari situ.

Polis turut menahan seorang wanita berusia 43 tahun di Kent, tenggara England, selepas serbuan di London.

“Kesemua empat ditahan kerana disyaki terbabit pelaksanaan, persediaan dan hasutan bagi tindakan keganasan,” kata polis.

“Alamat dan orang yang dikaitkan dengannya telah berada di bawah pemerhati-an anggota pembanteras keganasan sebagai sebahagian daripada perisikan yang dilakukan membawa kepada operasi.”

Polis berkata siasatan itu tiada kaitan dengan penahanan awal kelmarin terhadap seorang lelaki yang bersenjatakan pisau berhampiran Dewan Parlimen.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditangkap bagi tuduhan keganasan selepas dikepung oleh sekumpulan anggota bersenjata yang berjaya menahannya.

Kawasan di sekitar Parlimen telah berada dalam keadaan sangat berjaga-jaga sejak serangan maut pada 22 Mac didalangi oleh Khalid Masood, seorang mualaf berusia 52 tahun.

Masood telah memandu keretanya ke arah sekumpulan pejalan kaki, membunuh empat orang, dan menikam seorang anggota polis se-hingga mati di pintu pagar Parlimen sebelum ditembak mati oleh seorang anggota bersenjata. — AFP

Advertisement