Anda di sini

Cegah skim permainan wang

Advertisement
 Muhammad (tiga kanan), Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli (tiga kiri), Labuan Keyua Pengarah FSA Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin (dua kanan), Indian Chamber of Commerce Datuk Dahlif Singh (dua kiri), bekas Keyua Pengarah Datuk Azizan Abdul Rahman (kiri) dan Pengerusi Labuan Trust Companies Association Datuk Chin Chee Kee (kanan) selepas membentangkan Laporan Tahunan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) 2016 di Labuan semalam. — Gambar Bernama
UNTUK ALBUM: Muhammad (tiga kanan), Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli (tiga kiri), Labuan Keyua Pengarah FSA Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin (dua kanan), Indian Chamber of Commerce Datuk Dahlif Singh (dua kiri), bekas Keyua Pengarah Datuk Azizan Abdul Rahman (kiri) dan Pengerusi Labuan Trust Companies Association Datuk Chin Chee Kee (kanan) selepas membentangkan Laporan Tahunan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) 2016 di Labuan semalam. — Gambar Bernama

LABUAN: Institusi-institusi kewangan Malaysia digesa melaksanakan langkah pencegahan awal yang turut berperanan sebagai barisan pertahanan pertama dalam menangani isu permainan wang di negara ini.

Ketika membuat gesaan itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim berkata bank-bank di negara ini juga perlu mempertingkatkan prinsip ‘kenali pelanggan anda’ sebagai langkah awal membendung isu permainan wang berkenaan.

“Jika akaun tertentu menunjukkan sebarang transaksi yang meragukan, maka mereka (pihak bank) sepatutnya menutup akaun itu sebagai pertahanan di peringkat pertama.

“Pertahanan peringkat kedua pula membabitkan mereka bertindak memaklumkan bank pusat bagi membolehkan kami menjalankan siasatan menerusi jabatan perisikan kewangan dan penguatkuasaan Bank Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membentangkan Laporan Tahunan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) 2016 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad juga menggesa orang ramai agar tidak semata-mata berharap kepada pihak berkuasa untuk membendung isu permainan wang berkenaan.

Sebaliknya, tegas beliau, mereka perlu bersikap lebih peka terhadap sebarang bentuk skim kewangan yang menjanjikan pulangan tahunan melebihi 5.0-6.0 peratus yang disifatkannya sebagai ‘terlalu sukar untuk menjadi kenyataan’.

“Orang ramai perlu berwaspada dan bertanggungjawab terhadap kepentingan diri sendiri,” katanya.

Selain itu, Muhammad juga bersetuju supaya tindakan undang-undang diambil terhadap firma pengendali permainan wang berpejabat di Pulau Pinang, JJPTR, sekiranya wujud bukti jelas bahawa tindakan syarikat itu menyalahi undang-undang.

JJPTR adalah antara 288 syarikat dalam Senarai Peringatan Pengguna Kewangan BNM yang dikeluarkan pada 24 Feb, 2017. — Bernama

Advertisement